Laman Utama

“Jangan Jadi Macam Saya”- Menyesal Tak Tutup Aurat Ketika Kahwin, Lisdawati Ajak Fauzi Sanding Lagi

gempak
Syafiqah Jalal
22/02/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Jadi Macam Saya”- Menyesal Tak Tutup Aurat Ketika Kahwin, Lisdawati Ajak Fauzi Sanding Lagi
Pelakon Lisdawati mengakui menyesal kerana tidak menutup aurat ketika nikah dan bersanding dengan suaminya, Fauzi Nawawi ketika berkahwin dahulu.
Menurut Lisdawati dia kecewa kerana foto perkahwinannya itu tidak boleh ditayangkan kepada umum.
“Berbahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat.
“Jangan jadi macam saya…Terkecewa sebab semua tu hanya memori yang tidak boleh ditayang lagi,” katanya.
Aktres itu mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto terbaharunya bersama suami di atas sebuah pelamin.
Tidak cukup dengan itu, Lisdawati sempat bertanya adakah Fauzi mahu bersanding lagi.
"Kalau ada bajet kita nikah sanding balik nak?” tanyanya berseloroh.
Lisdawati mula mengenakan hijab penuh sejak tahun 2013. Dia yang saat ini berusia 42 tahun, mendirikan rumah tangga dengan Fauzi yang juga pelakon dan pengarah pada 9 September 2007.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024