VIRAL
“Jangan Ingat Saya Pakai Selipar RM15, Baju RM10, Awak Ingat…” - Prince Syed Terkilan Terima Layanan Buruk Di Sebuah Kedai
Gara-gara berpakaian biasa dan berselipar jepun, pempengaruh Prince Syed mendakwa dia telah menerima layanan buruk di sebuah kedai.
Rasa terkilan
Enggan mendedahkan nama kedai tersebut, Syed menerusi perkongsian di TikTok meluahkan rasa terkilan dengan situasi yang berlaku itu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Suami Dari Kayangan” - Prince Syed Siapkan Isteri & Anak-Anak Seawal 4.30 Pagi, Rai Aidiladha Bersederhana
ARTIKEL BERKAITAN: Bercuti Di Cameron Highland, Netizen Usik Baju Berbulu Isteri Prince Syed Macam Burung Sesame Street - “Bosan-Bosan Boleh Terbang”
Jelas Syed, mentaliti segelintir pihak mengatakan individu yang hanya berpakaian kemas dan memakai barangan jenama mewah layak dilayan dengan baik tidak patut dinormalisasikan.
“Lumrah kehidupan, duit banyak macam mana pun, kaya macam mana pun, tapi kalau pakai baju biasa-biasa orang akan beri layanan yang tidak okay.
“Jangan ingat saya pakai selipar RM15, baju RM10, awak fikir saya tiada duit. Awak tengok saya nak membeli baju tadi macam saya ini mahu mencuri.
“Kalau awak nampak video ini, awak fikir-fikirkanlah. Elok saya nak shopping terus tak jadi. Memang macam ini ke pandangan manusian zaman sekarang.
“Betul lah orang cakap, kalau tiada duit orang lain akan pandang kita hina, kalau pakai biasa-biasa lagi orang ludah. Saya memang terkilan,” kongsinya.
Nikmati momen santai
Pada perkongsian itu, Syed memberitahu dia keluar berjalan dengan berpakaian biasa disebabkan mahu menikmati momen santai tanpa dikawal ketat oleh pengawal peribadi.
“Tak kan lah 24 jam saya nak kena bersiap daripada atas sampai bawah. Dompet saya sahaja dua bulan gaji awak.
“Saya pakai baju biasa sebab nak santai-santai sahaja. Bila pakai biasa kena pandai jaga diri, saya pakai mask, pengurus tak ikut, bodyguard pun tak ikut.
“Ada hari yang saya perlu kan privasi dan ada hari yang saya nak santai sahaja. Tapi bila pakai simple pergi shopping, orang layan saya macam gelandangan tidur tepi stesen bas.
“Memang jadi kewajipan ke nak beli apa-apa barang mesti pakai elok barulah akan dilayan?” ujarnya.
Must-Watch Video