,
Laman Utama

"Jangan Guna Gambar Remy Pulak" - Suhaimi Saad Tinggalkan Wasiat, Ramal Hari Kematiannya Sudah Dekat?

Amri Hassan
15/07/2021
07:50 MYT
Bekas penyanyi nasyid sensasi, Suhaimi Saad seakan-akan memberikan bayangan mengenai hari kematiannya yang dijangka sudah semakin hampir.
Tulis Suhaimi menerusi hantaran di Instagram, dia turut meninggalkan pesan berupa wasiat gambarnya untuk digunakan sekiranya dia sudah tiada nanti.
"Nampaknya hari kematian SS (Suhaimi Saad) semakin mendekat. Masya-Allah.
"Jadi nak la sampaikan sikit wasiat. Kat sini ada 3 keping gambar. Pilihlah salah satu untuk buat hebahan tentang kematian SS nanti.
"Jangan guna gambar Sufian Suhaimi atau Remy plak," pesannya.
Selain itu, Suhaimi turut meminta peminatnya agar membacakan doa seperti yang ditulisnya pada ruangan kapsyen Instagramnya.
"Lagi satu, tak perlu tulis alhamdulillah. Tu bahasa bumi datar. Cukup inna lillahi wa inna ilayhi ro ji'uun.
"Lepas tu hadiahkanlah doa ni; Allahummagh fir suhaimi saad, warhamhu wa 'a fihi wa'fu 'anh," tambahnya.
Suami kepada bekas penyanyi Ina Naim itu juga turut menghalalkan hutang individu lain padanya dan seandainya ada yang masih berhutang boleh berhubung dengan isterinya.
"Yang mana ada berhutang dengan SS, SS halalkan. Yang mana nak tuntut hutang SS, boleh deal dengan Ina Naim eh.
"Royalti tahunan SS ada lagi, tak langsai sekali gus, boleh bayar sikit sikit. Tahun depan ada lagi insya-Allah," kata Suhaimi.
Ketiadaannya kelak tambah Suhaimi diharapkan agar tidak terus menjadi bahan kecaman dan fitnah netizen sebaliknya menjadi kenangan terindah.
"Bermula saat tu, stop la kecam, kutuk atau fitnah SS lagi. Jangan ikut perkara atau contoh yang tak baik,ok.
"Mudah-mudahan kematian SS nanti akan bagi banyak kebaikan dan keinsafan pada seluruh ummat khususnya rakyat malaysia.
"Tiap kali korang teringat, mimpi, nampak gambar SS atau dengar lagu-lagu yang pernah SS nyanyi, jangan lupa doakan ya. Terima kasih semua," pesannya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.