,
Gaya Hidup

Jangan Gelabah... Ini 5 Perkara Perlu Buat Kalau Kereta Tenggelam Banjir!

Amri Hassan
21/07/2020
04:15 MYT
Bagi penduduk di ibukota misalnya Kuala Lumpur, situasi semasa banjir kilat pastinya membimbangkan.
Tanpa kita sedar, selain kerosakan harta benda nyawa kita juga diancam bahaya.
Namun, semestinya hal yang menjadi kerisauan ramai selain kediaman yang terjejas pasti juga kenderaan yang dimasuki air banjir.
Apakah yang perlu dilakukan? Adakah kereta yang kena banjir masih boleh diselamatkan?
Ini 5 langkah untuk menyelamatkan kereta yang sudah ditenggelami banjir.
#1 Jangan Sesekali Cuba Hidupkan Kereta
Tow kereta terus ke bengkel / pusat servis. Bila korang cuba start kereta, lagi tinggi potensi untum berlaku litar pintas.
#2 Check Paras Minyak Enjin & Gearbox
Check dipstick minyak kereta. Kalau tinggi melebih lebih tu, besar kemungkinan air dah masuk dalam enjin lah tu.
Pastikan buat flushing dan ganti minyak baru.
Air bercampur dengan minyak hitam/gearbox boleh rosakkan komponen.
#3 Flush Petrol (Jika Perlu)
Tangki minyak kereta kedudukannya agak rendah. Meskipun kebarangkalian untuk air banjir termasuk dalam tangki tu rendah,
Tapi min suggest check dengan bengkel / pusat servis sama ada perlu untuk flush dan isi minyak baru.
#4 Cabut & Keringkan Komponen Kereta
Komponen elektronik kereta macam Radio, HUD display, infotainment etc perlu dicabut dan dikeringkan.
Senang kata semua yg boleh cabut, kena cabut keringkan.
#5 Keluarkan Air Daripada Enjin
Yang ini bergantung pada kenderaan. Ada yang boleh dipam keluar dengan cabut spark plug sambil enjin running.
Dapatkan nasihat bengkel / pusat servis.
"Kereta kalau kena banjir, masih boleh diselamatkan ke?"
Ada yang nak tau ke cara betul selamatkan kereta banjir? Kalau ramai nak tau min buat bebenang. pic.twitter.com/sGhq8OKVzt— CARPUT - ?? (@carputapp) July 19, 2020 Bagaimanapun, anda mungkin tidak dapat menyelamatkan kenderaan yang dimasuki air banjir untuk kembali 100 peratus seperti asal.
Jika anda berada di kawasan perumahan yang berisiko banjir dan berdekatan sungai, anda dinasihati untuk memperbaharui insurans dengan perlindungan bencana alam.
Sumber: Twitter Carput
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

gempak
27/08/2024
05:55 MYT
Biarpun membesarkan kedua-dua anak lelaki sendirian, pelakon jelita Rita Rudaini akui tiada sebarang tips untuk dikongsikan kepada khalayak.
Berita

Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

gempak
18/08/2024
11:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Viral

Durian + Kopi, Pesakit Rebah Di Pintu Klinik! Dr. Samhan Kongsi Punca Keracunan Ringan

gempak
15/07/2024
00:01 MYT
Seorang pesakit rebah di pintu sebuah klinik kerana mengalami pening, rasa mual akibat pengambilan kopi selepas menikmati durian.
Gaya Hidup

Kulit Telur Ayam Perlu Dibasuh, Elak Risiko Tercemar Bakteria Salmonella

gempak
12/06/2024
02:30 MYT
Telur separuh masak atau telur mata perlu dimasak dengan betul bagi mengelakkan risiko tercemar dengan bakteria Salmonella.
Hiburan

Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”

gempak
29/05/2024
01:54 MYT
Sebagai seorang selebriti, penyanyi dan bintang All Stars GegarVaganza, Azharina Azhar juga tidak terlepas dengan komen negatif sepanjang berkecimpung dalam industri seni.