,
Laman Utama

“Jangan Buat T**k Macam Ni, Sambil Lewa Main Campak” - Arja Lee Ambil Tindakan! Kurier Cuai, 24 Bekas Kuih Raya Hancur, Pecah

Mya Amri
11/06/2021
05:52 MYT
Pelakon Arja Lee meluahkan rasa kesal apabila kuih raya yang sepatutnya diberikan kepada pelanggannya rosak teruk kerana tidak dikendalikan dengan baik oleh sebuah syarikat kurier.
Arja memaklumkan perkara itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.
Arja mendakwa dia mengalami kerugian kecuaian kecuaian kurier itu telah menyebabkan jumlah keseluruhan 24 bekas kuih Tart Nanasnya hancur dan pecah.
“Kejadian yang baru sahaja terjadi dan saya amat kecewa atas kelalaian ini. Ini tidak sepatutnya berlaku pada peniaga seperti kami @arjascookies ataupun semua peniaga di luar sana.
“Mana mungkin melalui jalan darat ia mengakibatkan gelora yang amat sangat pada kesemua 24 bekas tart nenas kami?
“Pasti sikap sambal lewa dan tidak bertanggungjawab pekerja adalah punca kejadian, bertanggungjawab lah sepenuhnya pada amanah berbayar ini! Saya amat kecewa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Arja juga memaklumkan sudah membuat laporan polis terhadap kurier berkenaan.
“Kalau perlu untuk saya perjuangkan isu ini sampai ke akhirnya saya akan lakukan. Saya mohon jasa baik pihak-pihak yang berkaitan @kpdnhep @kpdnhepkelantan untuk membantu saya dan @arjascookies dalam menangani masalah ini.
“Untuk itu jutaan terima kasih saya dahulukan! Terus diam tanpa jawapan mengapa takut pada kebenaran @bestexpressmalaysiaofficial? Bersuaralah demi satu jawapan!” coretnya.
Selain belakon, Arja juga aktif dalam menguruskan perniagaan makanannya iaitu @arjascookies.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] Arja Lee Gugup Naik Pentas Konvokesyen, Syukur Keluarga Datang Tiup Semangat - "Terdengar Jeritan Penuh Kasih Sayang ..."

gempak
05/12/2022
02:00 MYT
Tahniah Arja Lee
Laman Utama

"Kenapa Abah Pejam Mata Tak Bangun-Bangun?" - Bapa Arja Lee Meninggal Dunia, Tak Sempat Tengok ...

gempak
26/06/2021
16:05 MYT
Tak kesampaian hajat Arja Lee..
Laman Utama

“Faham Tengah Marah, Tapi Perlu Ke Aniaya Customer & Seller? – Video Mogok Pekerja Syarikat Kurier Tular!

gempak
07/02/2021
04:10 MYT
Tak dapat nyamuk, kelambu dibakar!
Dansa and Sing

"Mereka Bukan Dari Kalangan Netizen" - Arja Lee Kesal Penari Dijadikan Bahan Jenaka

gempak
10/02/2020
09:41 MYT
Dansa and Sing

"Banyak Mata Dan Mulut Bercakap Tentang Sikap Saya Yang..." - Arja Lee Terbuka Dengan Kritikan

gempak
04/02/2020
05:45 MYT