gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Malek McCrone Bukan Sombong Tapi ‘Gila-Gila’ - “Muka Memang Tak Banyak Senyum, Tapi Bila Dah Kenal…”
KELUANG MAN
Fenomena Kini Bermula! Keluang Man Di Mana-Mana - “Nas Memang Sesuai Jadi Borhan, Menyala!”
HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Jangan Buat Main Dengan Solidariti Rakyat Malaysia, Lebih 10 Ribu Laknat Israel Di Dataran Merdeka

gempak
Maliah Surip
22/10/2023
08:20 MYT
Sponsor Banner
Jangan Buat Main Dengan Solidariti Rakyat Malaysia, Lebih 10 Ribu Laknat Israel Di Dataran Merdeka
Israel mungkin belum ‘koyak’ namun percayalah dengan solidariti berbilang kaum rakyat Malaysia yang mengutuk keras dan melaknat sikap kebinatangan membunuh nyawa tak berdosa di Palestin akan membuat rejim zionis tersebut tidak pernah tenang hidup di dunia.
Tidak pernah berhenti melaungkan anti Israel dan beberapa siri himpunan sebelum ini, salah satu himpunan yang dilihat ‘tidak main-main’ daripada rakyat Malaysia adalah Himpunan Freedom For Palestine yang dianggarkan telah dihadiri lebih 10,000 orang.
Bukan hanya umat Islam tapi menerusi foto dan video yang beredar di media sosial memperlihatkan masyarakat berbilang kaum termasuk India dan Cina turut sertai bersolidariti menentang kekejaman Israel.
Himpunan yan bermula kira-kira jam 10 pagi dengan laungan jeritan 'Palestin', 'Israel shame of you' selain kibaran bendera Palestin serta plakad yang mengecam tindakan kejam rejim Israel itu juga disertai oleh rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan.
Malah turut kelihatan dalam lautan manusia yang mengikuti himpunan tersebut adalah dalam kalangan barisan menteri seperti Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Influencer Khairul Aiming dan pelakon Amerul Affendi.
Selain Malaysia, masyarakat dunia juga menzahirkan kecaman berhubung tindakan kejam Israel di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.
Orang ramai keluar membanjiri jalan-jalan utama di seluruh dunia bagi menyatakan sokongan mereka selain mendesak peperangan dihentikan serta-merta.
Antara lokasi tunjuk perasaan pada Ahad:
Sarajevo – Bosnia dan Herzegovina Karachi – Pakistan Kuala Lumpur – Malaysia Podgorica – Montenegro Brussels – Belgium Berlin – Jerman London dan Manchester – UK Rotterdam – Belanda Belgrade – Serbia Paris – Perancis Mexico City – Mexico Milwaukee, Memphis, Boston, Minneapolis, Omaha, New Haven, Dallas, Las Vegas – AS Halifax, Saint John, London, Montreal, Ottawa, Victoria – Kanada.
Kredit foto: SCOOP
BACA: 4 Cara Rakyat Malaysia Boleh Tolong Palestin​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video