,
Laman Utama

"Jangan Berlawan Dengan Netizen, Kita Takkan Menang" - Iqbal Zulkefli Kasihankan Syamimia, Takut Tertekan

Amri Hassan
28/12/2023
02:55 MYT
Penyanyi, usahawan dan pempengaru media sosial, Iqbal Zulkefli menasihati Syamimia agar tidak mencabar dan berlawan dengan netizen.

BERITA TRENDING: "Bila Orang Lain Judi, Minum Arak, Korang Tutup Sebelah Mata" - Syamimia Menangis, Masih Dikecam…

Kata Iqbal, Syamimia seharusnya menggunakan perkataan yang tidak akan mencetuskan provokasi lanjut apabila berkomunikasi di media sosial.
"Saya tengok Syamimia ni baik orangnya. Ramai saja artis atau pempengaruh tidak sebarkan berita Palestin.
"Netizen sebenarnya boleh faham dia tidak bermaksud menyimpan patung untuk ada agenda lain melainkan dia hanya minat tema Inggeris.
"Cuma satu sahaja, cara Syamimia selalu pertahankan diri itu seolah mencabar netizen. Netizen ni sebenarnya lantang di komen sahaja, apabila jumpa luar mereka juga sumber kekuatan ita.
"Itu biasa, jangan ambil serius sangat. Jangan berlawan dengan netizen, kita takkan menang. Kita perlukan mereka.
"Sebolehnya elak sebutkan 'bila orang lain berjudo, minum arak, korang tutup sebelah mata'. Netizen bukan tutup mata cuma sebab ia dilakukan tanpa pengetahuan netizen," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Syamimia Mohon Maaf Isu Palestin & Patung David - “Saya Masih Muda & Buat Kesilapan”

Bersimpati dengan nasib Syamimia, tambah Iqbal, dia bimbang tindakan wanita terbabit akan menjerat diri sedangkan dirinya punyai banyak potensi lain.
"Saya kasihan pada Syamimia, saya takut nanti awak jadi tertekan. Awak sangat kreatif, ada banyak bakat dan nilai komersial tersendiri.
"Kualiti, bakat dan followers di media sahaja tidak cukup. Komunikasi dan permainan dengan netizen perlu ada skil lain. Saya menulis ni sebba mahu lihat awak terus maju dan diterima banyak tempat," katanya.
Justeru, Iqbal memohon agar menggunakan kebijaksanaan untuk situasi dan keadaan yang tepat.
"Kesimpulannya, apabila kita bermain di media sosial tidak semua kepandaian dan kebijakan kita boleh disalurkan di sana. Kadang-kadang ia perlu disimpan dan diguna di tempat lain.
"Ada waktu tak mengapa orang anggap kita kurang pandai, asalkan kita menang pada target kita. Terutamanya pempengaruh dan artis yang akan bekerjasama dengan banyak pihak. Jangan pandang rendang pada kuasa netizen.
"Seperti saya, saya sudah sedar sesetengah jenama komersial tidak mahu individu yang kontroversi. Namun, banyak lagi jenama dan syarikat sanggup melaburkan ratusan ribu ringgit untuk kerjasama dengan saya.
"Apapun, sikap dan adab paling penting supaya stesen TV masih boleh terima kira. Zaman sekarang tak mudah," tambahnya.
Nasihat Iqbal kepada netizen juga agar tidak sewenang-wenangnya bertindak melulu menulis komen yang boleh menggores hati orang lain.
"Sebagai netizen jangan pula kita menjadi punca depresi artis dan pempengaruh. Kita tidak tahu trauma, kesedihan yang dipendam lama. Artis juga manusia.
"Menghadapi ribuan kata-kata orang itu tidak mudah. Jangan sembarangan berkata tidak baik walaupun guna akaun palsu. Ingat karma itu ada!" tegasnya.

PILIHAN PEMBACA: ​Isu Palestin, Syamimia Hilang Ratusan Ribu Pengikut di TikTok - “Sebagai Pengajaran Untuk Masa Depan”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.