,
Viral

"Jangan Berlagak Bagus, You Are Just A Waiter!" - Zarul Berang Netizen Hina Kerjaya Pramugara

Amri Hassan
10/09/2019
08:45 MYT
Penyanyi dan pelakon Zarul meluahkan rasa kesal terhadap kata-kata seorang individu yang menghina kerjaya pramugara.
Dalam komentar yang ditulis di ruang saluran YouTube Zarul, pengguna itu menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap segelintir pramugara yang berlagak.
"Satu benda yang penumpang tak suka pasal cabin crew, jangan nak berlagak macam bagus. You are just a waiter," tulis pengguna itu.
Bagaimanapun, komen amarah pengguna itu memakan diri apabila Zarul bertindak membalas dan memuat naik paparan skrin di laman media sosial Instagramnya baru-baru ini.
Kata Zarul, sikap berlagak bukan terletak pada pekerjaan individu sebaliknya diri sendiri.
"Salam, pertama sekali terima kasih untuk komen. Buat pengetahuan anda sikap berlagak bukan hanya kru sahaja selagi kita ni manusia kita takkan terlepas dari melakukan kesilapan.
"Setiap orang ada buat salah dan kalau awak cakap cabin crew ini setakat waiter awak silap besarlah.
"Kalau saya cerita panjang-panjang pun bukannya awak faham. Jadi, saya tak mahu membazirkan masa.
"Dan satu lagi, komen awak ni pun boleh tahan berlagak dengan huruf besarnya," tulis Zarul membalas komen pengguna itu.
Netizen bagaimanapun masih menyebelahi Zarul dan menganggap komen sedemikian tidak menjadi barah kepada sesiapa.
Hingga ada yang menyifatkan tindakan pengguna itu bermotif cemburu kerana tidak mampu mengejar impian bergelar pramugara suatu ketika dahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.