,
Berita

"Jangan Bagi Alasan Tidak Mengundi, SPR Sudah Bagi Tempoh Sebulan" - Khairy Jamaluddin

Rozaimi Zubaidi
11/04/2018
02:11 MYT
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata pengundi tidak mempunyai alasan untuk tidak keluar mengundi termasuk untuk balik ke kampung kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberikan tempoh yang secukupnya.
"Walaupun mengundi pada hari Rabu, namun ia pernah berlaku sebelum ini. Saya harap pengundi faham tanggungjawab mereka kerana telah diberi notis sebulan.
"Jadi seharusnya semua boleh mengundi. Jika terikat dengan kerja, mereka perlu mengingatkan majikan mereka mengenai undang-undang untuk memberi pelepasan untuk mengundi," katanya.
SPR mengumumkan bahawa hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditetapkan 9 Mei manakala tarikh penamaan calon ialah 28 April dan tarikh pengundian awal 5 Mei.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tarikh pembubaran parlimen iaitu pada 7 April 2018.
Untuk perkembangan lain, jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Laman Utama

“Kalau Ini Tukang Hantar, 10 Kali Oder Pun Sanggup!” - KJ Berlakon Jadi Rider! Ramai Usik, Habislah Job Remy Ishak Kena Caras

gempak
26/10/2023
02:55 MYT
Ramai minta KJ berlakon.
Laman Utama

“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin

gempak
08/06/2023
08:47 MYT
Lovenya kalau Aedy jadi KJ.
Laman Utama

“Saya Dipecat Oleh Parti Yang Saya Sayang, Unbowed, Unbent, Unbroken” - KJ

gempak
28/01/2023
00:25 MYT
KJ dipecat daripada UMNO.
Laman Utama

PRU15: KJ Sedih Tewas Di Sungai Buloh, Mahu Berehat & ‘Comeback Stronger’ Semula!

gempak
20/11/2022
10:30 MYT
Jasa KJ sentiasa dikenang...