,
Laman Utama

“Jangan Acah Rockstar, Kau Bukan Billie Joe..” - Nadhir Nasar Sindir Siapa?

Azwa Rahman
05/10/2022
08:59 MYT
Pelakon berbakat besar Nadhir Nasar mencuri perhatian wargamaya apabila menulis satu catatan seolah-olah berbunyi sindiran.
Menerusi platform Twitter, Nadhir meluahkan catatan berbentuk ciapan itu untuk tatapan umum.
“Relax, jangan acah rockstar sangat, kau bukan Billie Joe,” tulisnya. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengaitkan luahan pelakon drama bersiri I-Tanggang itu dengan kontroversi melanda seorang vokalis kumpulan yang didakwa meludah ketika mengadakan konsert.
“Tak takut kena ludah ke? Aippppp,” komen seorang wargamaya.
“Dia yang buat concert, kau yang panas. Biar je lah dia dengan concert dia, tak kacau orang pun,” ujar seorang wargamaya.
“Alamak Nadhir dah pandai perli orang,” tulis seorang wargamaya.
“Jangan masuk campur Nadhir nanti ko buat hal orang bahan balik hahaha,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima hampir 7,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Awal minggu ini, tular sebuah video menunjukkan seorang penyanyi berumur 37 tahun dilihat meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di hadapan ratusan penonton.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.