,
Hiburan

James Earl Jones, Pemilik Suara Darth Vader Meninggal Dunia

Gempak
10/09/2024
01:25 MYT
Aktor veteran Hollywood, James Earl Jones yang suaranya digunakan untuk karakter penjahat galaksi, Darth Vader meninggal dunia di kediamannya, Dutchess County, New York, pada Isnin.
Mendiang Jones menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun di sisi kaum keluarga terdekat, kata ejennya, Barry McPherson.
Bagaimanapun, punca kematian seniman itu tidak pula dikongsi McPherson, namun, sebelum ini, beliau dilaporkan menderita diabetes.
Sepanjang aktif di gelanggang seni, Jones memiliki daya tarikan tersendiri sehingga setiap kemunculannya sama ada di pentas pertunjukan, televisyen atau filem sentiasa mendapat perhatian ramai.
Seandainya tidak aktif sebagai pelakon sekalipun, getar vokal Jones itu sendiri menjadi aset yang boleh memasyhurkannya.
Suara bass Jone sangat dikagumi ramai khususnya ketika beliau menyumbangkan suara bagi watak bapa yang bijaksana iaitru Mufasa dalam filem The Lion King dan pelbagai watak Shakespeare.
Sementara, suara mendiang Jones yang digunakan untuk karakter Darth Vader dalam filem Star Wars pula mencetus ketakutan dalam kalangan penonton.
Jones ketawa apabila ditemu bual oleh BBC yang bertanya sama ada dia berasa terikat dengan watak Darth Vader, yang hanya memerlukan suaranya untuk beberapa baris dialog berbanding pelakon lain terpaksa melakukan lakonan fizikal di hadapan kamera lengkap dengan kostum karakter itu.
"Saya suka menjadi sebahagian daripada keseluruhan mitos itu, seluruh pemujaan itu," katanya, sambil menambah beliau sangat gembira memenuhi permintaan peminat yangsuka mendengar dialog baris ikonik: "I am your father."
Jones turut mendedahkan, beliau tidak diberi ganjaran yang besar semasa menerima tawaran meminjamkan suara kepada watak Darth Vader itu – hanya AS$9,000 (RM39,000) untuk filem pertama.
Bahkan, Jones juga tidak meminta untuk dilibatkan dalam penerbitan dua filem Star Wars yang pertama.
Mendiang Jones juga pernah meraih beberapa anugerah breprestij sepanjang penglibatannya sebagai anak seni.
Antaranya ialah anugerah Tony Awards untuk The Great White Hope pada 1969 dan Fences pada 1987 di Broadway serta Emmy Awards pada tahun 1991 untuk Gabriel's Fire dan Heat Wave di televisyen.
Beliau juga pernah memenangi Anugerah Grammy untuk album Great American Documents, pada 1977.
Walaupun tidak pernah memenangi sebarang trofi pada acara Anugerah Akademi yang kompetitif, namun, Jones pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk versi filem The Great White Hope. Beliau juga pernah dianugerahkan Oscar kehormat pada 2011.
Jones memulakan kerjaya filemnya sebagai Leftenan Luther Zogg dalam filem klasik Stanley Kubrick 1964 Dr Strangelove or: How I Learned to Stop Worrying and Love the Bomb pada 1964.
Filem-filem lain lakonan beliau termasuk Field of Dreams, Conan the Barbarian, Coming to America, The Sandlot, Matewan, The Hunt for Red October dan Field of Dreams serta lain-lain lagi.
Jones juga didengari dalam berpuluh-puluh iklan televisyen dan selama beberapa tahun saluran berita antarabangsa, CNN menggunakan suaranya dalam petikan "This is CNN" untuk memperkenalkan siaran beritanya.
Mendiang Jones dilahirkan pada 17 Jan 1931, di komuniti kecil Arkabutla, Mississippi dalam sebuah keluarga berlatar belakang etnik campuran Ireland, Afrika dan Cherokee.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.