gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bayi Baru Lahir Dimakan Biawak
KELUANG MAN
Keluang Man Wonda Fun Run Best! Nas Terharu Lihat Ramai Beri Support - “Ada Yang Pakai Sut Keluang Man & Bawa Topeng…”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Langkah Que Terhenti! Rizal Rashid Juara Minggu Keempat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Jam Tangan Dicuri Selepas Buat Konten ‘Tour’ Rumah, Asyraf Khalid Tak Nak Dah Kongsi Kemewahan Di Media Sosial - “Selepas Kejadian Itu…”

gempak
Asyikin Mayudin
14/04/2025
23:54 MYT
Sponsor Banner
Jam Tangan Dicuri Selepas Buat Konten ‘Tour’ Rumah, Asyraf Khalid Tak Nak Dah Kongsi Kemewahan Di Media Sosial - “Selepas Kejadian Itu…”
Usahawan Asyraf Khalid mendakwa barang miliknya telah hilang selepas melakukan video bersama pempengaruh yang terkenal dengan konten ‘What do you do for a living’, iaitu Koocester.

Jam tangan hilang

Menerusi podcast yang dikendalikan pempengaruh Yousaf, Asyraf mendakwa rumah kediamannya telah dimasuki pencuri yang mengambil beberapa jam tangan mewah kepunyaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Tiri Siti Nurhaliza Hanya Makan Daging Wagyu, Belanja RM30,000 Buat Tetamu - "Tiada Daging Lain Boleh Lawan Rasa & ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Khalid Dilantik Director of Partnership PTTI Group

ARTIKEL BERKAITAN: Tya Arifin Kongsi Momen Sambutan Hari Lahir Aazief Khalid, Netizen Berteka-Teki Identiti Wanita Misteri Dalam Foto

"Saya dan Koochester memang mengikuti satu sama lain di media sosial. Kemudian, dia minta izin untuk buat konten review rumah saya.

"Bila dia masuk rumah, dia tengok ada jam dan minta izin untuk buat konten koleksi jam saya. Tapi masa itu saya tak ada pula jangkakan yang penonton akan 'target' jam saya.

"Selepas video itu tular, barang-barang dalam rumah saya kena ambil. Ada orang masuk rumah kemudian ambil beberapa barang seperti jam tangan,” kongsinya.

Berpindah rumah

Selepas kejadian, anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengambil keputusan untuk berpindah rumah ke kawasan yang lebih 'privacy'.

"Selepas kejadian itu, saya terus ambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih 'private'.

"Dan rumah saya yang sekarang ini tak ada sesiapa yang tahu kecuali keluarga dan rakan rapat,” ujarnya.

Tak kongsi

Bercerita lanjut, suami kepada pelakon Tya Ariffin ini juga menjadikan kejadian itu sebagai satu pengajaran dan memilih untuk tidak lagi berkongsi tentang kemewahannya di media sosial.

"Saya juga buat keputusan untuk ubah cara saya sebab kalau dulu saya selalu kongsi gambar rumah, kereta dan percutian saya di Instagram.

"Sampaikan ayah saya pernah tegur dan marah sebab dia takut akan penyakit ain. Dia nasihat bahawa kita tak boleh tunjuk-tunjuk apa yang kita ada sebab takut penyakit ain.
"Jadi selepas kejadian barang dalam rumah hilang itu saya rasakan ini satu pengajaran buat saya,” ujarnya.
@youcasttt Rumah @Tun Asyraf Khalid ™ ♬ original sound - Youcast
Topic Berkaitan
#Pencuri
#Asyraf Khalid
#Jam Tangan
#Pindah rumah
Must-Watch Video