,
Laman Utama

Jam Buruj Lebih 'Mewah' Dari Rolex, Boleh Tentukan Arah Kiblat Dengan Harga Serendah RM200

Maliah Surip
07/09/2021
00:45 MYT
Sejak semalam, nama Jam Buruj dan jam mewah Rolex menjadi trending selepas peguam dan aktivis, Siti Kasim membangkit jenama seutas jam yang dipakai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.
Menerusi ciapan di Twitter, Siti Kasim mendakwa menteri tersebut memakai jam tangan mewah jenama Rolex.
Menafikan dakwaan tersebut, Idris meluruskan dakwaan tersebut dengan menjelaskan jenama jam yang dipakainya.
Idris menjelaskan beliau hanya memakai jam tangan dari jenama Buruj, bukan Rolex seperti yang didakwa aktivis tersebut.
Menerusi penafian yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook, Twitter dan Instagram miliknya, Idris mengaku sudah lama memakai jam tersebut.
“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.
“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” ujar beliau menerusi hantaran di Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.
Terdahulu, Siti Kasim menerusi ciapan di Twitter meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris.
Namun selepas ciapannya menjadi tular dan Idris menafikan tuduhan yang dibuat, Siti Kasim dalam ciapan terkini di Twitter memohon maaf kepada Idris yang didakwa memakai jam berjenama Rolex.
“Minta maaf ustaz sebab saya memang salah,” katanya merujuk hantarannya sebelum ini.
Mengikut tinjauan Gempak, jam Buruj yang mempunyai beberapa jenis koleksi itu dijual pada harga serendah RM269 sehingga sekitar RM2,000. Ia boleh dibeli secara atas talian menerusi beberapa platform terkenal dalam kalangan pengguna.
Malah menerusi laman web rasmi burujshop.com, seutas jam yang telah didiskaun dijual dengan harga serendah bawah RM200.
Jam yang dipakai Idris difahamkan hanya bernilai sekitar RM300.
Menerusi penjelasan jenama ini, Buruj Watches, jam tangan tersebut mahu dikenali dalam kalangan pemakainya sebagai jam tangan waktu solat dan automatik kiblat.
Berbeza dengan harga seutas jam tangan mewah Rolex. Menerusi carian Google, jam tangan Rolex paling murah pada tahun 2020 bernilai USD5,700 atau RM24,000 dengan koleksi yang dikenali sebagai Oyster Perpetual.
The Rolex GMT Master 11 Ice pula dinobatkan sebagai jam dari jenama mewah paling mahal pada tahun ini dengan nilai USD485,350 atau sekitar RM2 juta yang juga dimiliki oleh pesohor bola sepak, Cristiano Ronaldo.
Sekadar informasi, pengendali laman Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerangkan maksud perkataan buruj.
“Kata nama (astronomi) sekumpulan bintang yang berdekatan antara satu sama lain pada satu kawasan langit yang dibentuk menjadi transformasi tertentu seperti geometri dan haiwan,” tulisnya.
Kredit Foto: Buruj Watches, burujshop.com Facebook & Twitter: Siti Kasim, Idris Ahmad
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lesen Motosikal B2 Akan Dinaiktaraf Ke B Tidak Lama Lagi

gempak
01/08/2024
18:55 MYT
Kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal Kelas B2 kepada B penuh secara automatik tidak lama lagi.
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Berita

Menteri Israel Letak Jawatan

gempak
10/06/2024
21:55 MYT
Menteri kabinet perang Israel Benny Gantz pada Ahad mengumumkan peletakan jawatannya ketika penduduk meraikan serbuan yang menyaksikan empat tebusan yang diselamatkan di Gaza dan ratusan penduduk Palestin terkorban.
Hiburan

Aktivis Teater, Rosminah Tahir Meninggal Dunia

gempak
19/05/2024
16:32 MYT
Aktivis dan pengarah teater disegani, Rosminah Tahir, 65, meninggal dunia di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur, petang Ahad.
Viral

Aktivis Amerika Syarikat, Shaun King Peluk Islam Di Hari Pertama Ramadan

gempak
12/03/2024
13:55 MYT
Aktivis dan penulis yang memperjuangkan keadilan dan hak asasi termasuk gerakan Black Lives Matter, Shaun King mengumumkan memeluk Islam pada hari pertama Ramadan 2024.