Jalan Berpelukan Di Makkah & Makan Suap Bersuapan, Netizen Ikut Bahagia Lihat Kemeseraan Shuk Sahar & Rossa Sera
Ramai sedia maklum, pelakon dan pelawak Shuk Sahar bersama isteri, Rossa Sera ketika ini sedang mengerjakan ibadah Umrah di Makkah.
Berita berpergian mereka ke Tanah Haram turut disambut baik oleh peminat.
Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik Sera di laman TikTok, dia sempat berkongsi beberapa momen manis bersama Shuk ketika berada di sana.
Pada video berkenaan, kelihatan Shuk sedang memeluk bahu isterinya sambil berjalan di sekitar kawasan Makkah sehingga membuatkan ramai netizen menumpang bahagia akan kemesraan yang dipamerkan kedua mereka.
Bertambah manis lagi, turut dilihat dalam video tersebut, Sera menyuapkan makanan kepada Shuk.
@rossa.sera Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023. Dijemput sebagai tetamu Allah? #fyp ♬ เสียงต้นฉบับ - tpxd_8g
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut sama bahagia melihat hubungan mereka sudah bertambah baik berbanding sebelum ini.
Malah tidak kurang juga yang mendoakan yang terbaik buat Shuk dan Sera.
“Alhamdulillah, suka tengok rumah tangga Shuk dan Sera dah berbaik semula,” kata seorang wargamaya.
“Shuk suami yang baik, dia buang ego. Setia dengan Sera,” komen seorang netizen.
“Saya kagum dengan mereka berdua, Sera boleh je pilih orang lain, tapi dia bagi Shuk peluang kedua. Shuk pula buang ego untuk pikat dan kembali pada Sera. Love!” tulis seorang warganet.
Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.