Hiburan

Jais Sahkan Artis Ditangkap Khalwat Bukan Nadeera

gempak
Gempak
13/02/2025
00:32 MYT
Sponsor Banner
Jais Sahkan Artis Ditangkap Khalwat Bukan Nadeera
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan kes tangkapan khalwat membabitkan seorang selebriti namun menafikan individu terbabit adalah penyanyi, Nadeera Zaini.
Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri, berkata Nadeera bukan individu yang ditahan dalam kes khalwat itu.
"JAIS sahkan tangkapan (khalwat) berlaku semalam, namun, tidak membabitkan Nadeera seperti didakwa," katanya. .
Bagaimanapun, Nur Syamira tidak memperincikan kes tangkapan khalwat terbabit.
Laman sembang kecoh apabila berita berita seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti, konon ditangkap khalwat bersama kekasih berstatus suami orang, di rumah sewa mereka, kira-kira jam 2 petang Rabu.
Berikutan itu, timbul spekulasi penyanyi terbabit adalah Nadeera yang popular dengan lagu Bukan Lagi Kita. Bagaimanapun, gosip itu ditepis pengurus Nadeera yang dikenali sebagai Acap yang dilapor mempertahankan penyanyi itu, selain menafikan Nadeera terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.
Acap dilapor menjelaskan ketika tangkapan dibuat, Nadeera sibuk menjalani latihan menghadapi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad ini. Pada AJL 39, Nadeera mempertaruhkan lagu popularnya, Bukan Lagi Kita.
Acap dilapor berkata, dakwaan khalwat dengan lelaki berstatus suami orang menyebabkan tumpuan Nadeera kepada AJL 39 terganggu.
"Berita itu mengganggu tumpuan Nadeera untuk AJL 39. Sejak berita itu heboh, ramai orang hubunginya untuk kepastian," katanya.
Nadeera atau atau penuh, Farah Nadeera Zaini, 31, dipetik sebagai individu terbabit dalam kes khalwat itu berikutan gosip sebelum ini yang mengaitkan dirinya menjalin hubungan dengan suami orang.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024