,
Filem

Jailangkung Vs Annabelle, Korang rasa?

Lee Kian
14/08/2017
08:31 MYT
Pawagam seluruh Malaysia baru-baru ini telah dihantui dengan jeritan penonton-penonton dek penangan filem seram Jailangkung dan Annabelle.
Dua filem seram yang berbeza. Satu dari Indonesia dan satu lagi dari Amerika, dan sudah tentu hantu dia pun berbeza!
Jom kita tengok perbezaan di antara kedua-dua hantu dalam filem ni.
1. Jelasnya, hantu dalam filem seram Annabelle ialah sebuah patung manakala Jailangkung pula, berupa manusia atau lebih kenali sebagai “Matianak” dan wajahnya sangat mengerikan sehingga boleh menyerupai seseorang.
2. Semua hantu boleh hilang dan timbul di mana-mana sahaja. Tetapi hantu Jailangkung ada 'extra' kuasa iaitu boleh berlari mengejar mangsanya. Laju tau!
3. Hantu dalam filem Jailangkung adalah roh yang dibangkitkan, sebab itu dia dipanggil “Matianak”. Manakala Patung Annabelle pula dirasuk oleh roh jahat.
4. Annabelle muncul pada bila-bila masa sahaja dan tidak perlu diundang, asalkan anak patung bergaun putih itu ada, maka adalah Annabelle. Tetapi Jailangkung pula perlu diseru dengan mantera; “Datang Gendong, Pulang Bopong”.
5. Hero kedua-dua filem ini adalah manusia tetapi cara untuk menghalau ataupun menghapuskan hantu-hantu ini sangat berbeza. Hantu dalam filem Jailangkung perlu dibopong. Korang berani ke bawak hantu ni guna kedua-dua belah tangan korang??? Hahaha…
Kuatkan semangat anda untuk menonton filem Jailangkung di pawagam sekarang. Ingat! Jangan tengok 'sorang-sorang' takut balik nanti ada yang gendong!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Patung Puaka Annabelle 'Lari' Dari Muzium? Ini Cerita Sebenarnya ...

gempak
15/08/2020
17:02 MYT
Jangan duk buat main kalau patung Annabelle yang betul-betul tu hilang weh...
Gaya Hidup

Penuh Elemen Kejutan, Seorang Warga Emas Meninggal Ketika Tonton Filem Annabelle!

gempak
04/07/2019
09:05 MYT
Hiburan

Lelaki Berpakaian Seperti Patung Hodoh Annabelle Kejutkan Penonton Di Pawagam!

gempak
03/07/2019
13:55 MYT
Hiburan

(VIDEO) Trailer Filem Annabelle 3 Lebih Seram, Ada Hantu Baru Bakal Buat Anda Tutup Mata!

gempak
31/05/2019
07:58 MYT
Filem

Amanda Rawles Si Cantik Yang Pernah Jadi Mangsa Buli

gempak
14/08/2017
12:59 MYT