,
Laman Utama

Jaga-Jaga! MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora

Gempak
27/12/2022
04:55 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara, melibatkan beberapa negeri hingga Khamis ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam (kmj), dengan ombak melebihi 4.5 meter, dikeluarkan di kawasan perairan Sabah Barat, Labuan, dan Sabah Timur.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi aktiviti perkapalan melibatkan kawasan perairan tenggara Reef North, Labuan, Timur Palawan dan Sulu, yang dijangka berlaku sehingga Selasa.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, Amaran Kategori Kedua melibatkan fenomena angin kencang berkelajuan 50 hingga 60kmj dengan ombak setinggi 4.5 meter, dikeluarkan di perairan Sarawak yang dijangka berlaku sehingga 29 Disember ini.
"Kawasan yang turut terlibat ialah perairan Condore, Bunguran Utara, Reef North, Reef South, Layang-layang dan Barat Palawan.
“Kejadian ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut MetMalaysia.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ramalan Awal MetMalaysia, Hujan Lebat Pada Aidiladha Ini

gempak
15/06/2024
01:55 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir berlaku di sesetengah negeri di Malaysia pada Aidiladha ini.
Laman Utama

Makkah Dilanda Ribut Ekstrem, Kilat Sambar Menara Jam Abraj Al-Bait

gempak
24/08/2023
04:40 MYT
Ribut petir dan hujan lebat ekstrem telah melanda Masjidil Haram di Kota Suci Makkah pada Selasa (22/8)
Laman Utama

Ribut KL: 18 Kenderaan Dihimpap Pokok Tumbang!

gempak
20/05/2023
00:38 MYT
Hati-hati semua!
Laman Utama

"Macam Puting Beliung..."- Ribut, Hujan Lebat Mengakibatkan Harta Benda Rosak Di Johor Bahru

gempak
01/12/2022
05:35 MYT
Ribut, Hujan Lebat Mengakibatkan Harta Benda Rosak Di Johor Bahru
Laman Utama

PRU15: Ribut Petir Diramal Badai Seluruh Negara Pada Petang Hari Pengundian

gempak
17/11/2022
06:27 MYT
Jaga-jaga ribut petir!