,
Berita

Jaga Lambakan Suara Di Radio, Hazama Fokus Hanya Tiga Lagu OST

Elrafaei Sapi
14/01/2019
09:25 MYT
Penyanyi popular, Hazama mengambil keputusan menangguhkan album baru yang sepatutnya diterbitkan pada tahun lalu.
Jelasnya, dia sibuk dengan penggambaran telefilem Rock Sangkut, drama bersiri Ammar dan Opie, sekuel, Rock 4 serta Hantu Kak Limah The Musical sebelum ini.
"Saya tak sempat buat single baharu cuma single Tunggu Aku Datang pada tahun lepas. Memang ada plan nak keluar single baharu tapi ditangguhkan dulu sebab saya ada tiga lagu baharu untuk OST," katanya kepada Astro Gempak.
Juara Akademi Fantasia musim kesembilan ini memberitahu pada tahun ini dia muncul dengan lagu Al Nuraa Yang 5 Yang 6 dan Lagu Jiwa Lagu Cinta untuk filem tiada tajuk arahan Mawi manakala Seri dalam filem Rock 4.
Ujarnya, dia perlu menjaga lambakan suaranya di radio. Dia merancang untuk memberi fokus pada lagu OST saja sebelum menerbitkan album baharu.
"Jika lagu saya sendiri, saya ada cuma tak rakam lagi. Saya mahu fokus pada tiga lagu OST ini.
"Jika saya keluar satu lagi lagu iaitu single terbaharu, maka saya ada empat lagu. Bagi saya, lambakan single tak bagus juga," katanya.
Hazama berpandangan penerbitan album baharu membawa 'direction' pada karier seni manakala single untuk suara. "Saya memang nak keluar lagu bila-bila masa. Ada banyak lagu yang saya dah buat cuma belum dirakam.
"Saya ingin mencuba lagu ciptaan sendiri berbanding sebelum ini saya buat lagu untuk orang lain dan menyanyikan lagu ciptaan orang lain," katanya.
Katanya, tiga lagu OST ini bakal menentukan lagu baharu yang bakal dihasilkan pada masa akan datang.
"Lebih baik saya tangguh dulu sebab nak tengok respon macamana. Apakah kehendak pendengar dan peminat saya.
"Saya pun sedih juga mereka nak macam mana. Selepas ini saya nak bagi apa yang peminat mahukan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @mrhazama1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video