Viral
Jaga Aurat Dari Terdedah, Syafiqah Aina Rasa Lebih Selamat Pakai Stoking, ‘Inner’ & ‘Legging’ Tiap Kali Keluar Rumah - “Saya Cuba Untuk Sempurnakan…”
Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina berkongsi mengenai perjalanan dia dalam menutup aurat lebih baik dengan memakai stoking dan baju ‘inner turtle nick’ dan ‘legging’.
Rasa lebih selamat
Tidak menyangkakan sudah tiga tahu perubahan itu dilakukan, Syafiqah mengakui dia berasa lebih selamat dan dapat menjaga auratnya daripada terdedah.
“Saya mula pakai stoking lambat juga, tahun 2021 baru sedar diri. Tapi tak sangka dah tiga tahun bertahan. Kalau nak tahu, saya tidak akan tinggal pakai baju inner turtle neck, legging dan stoking bila keluar.
“Sebab bila pakai itu semua rasa lebih selamat. Tak payah risau, kalau kena tiup angin terselak boleh sampai nampak kaki atau badan. Lagi-lagi apabila pakai skirt atau seluar longgar.
“Kadang tak perasan bila duduk di kerusi atau silang kaki, skirt atau seluar boleh terselak sampai nampak kaki kan,” kongsinya di Instastory bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut.
Harap terus istiqamah
Menerusi perkongsian yang sama, isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad itu berharap dirinya akan sentiasa istiqamah dan kekal mengenakan pakaian tersebut.
“Rasa secure (selamat) itu yang buat saya boleh bertahan sampai sekarang. Doakan saya tau, saya mencuba untuk sempurnakan juga cara pemakaian dan sentiasa memperbaiki diri,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut Tercurang, Hafiz Mahamad Minta Isteri Sentiasa Check Handphone - "Pekerja, Usahawan Saya Pula Ramai Wanita"
Must-Watch Video