,
Hiburan

“Jaga Anak Sepenuh Masa, Rezeki Masing-Masing”- Sering Dikutuk Ada Degree Tapi Tak Kerja, Isteri Atu Tempelak Netizen

Mya Amri
14/06/2019
15:22 MYT
Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari menempelak sesetengah pihak yang sering mempersoalkan keputusannya untuk menjadi suri rumah.
Shafeeqa meluahkan isi hatinya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Kata Shafeeqa dia lebih selesa menjaga anak-anaknya sendiri berbanding menyerahkan tanggungjawab itu untuk diuruskan oleh pembantu rumah.
“Baiklah, saya setuju dengan sis... Saya tak ada maid, jaga anak dirumah sepenuh masa sambil buat kek lapis.
“Sebab itu je yang saya rasa nikmat walaupun sering dikatakan ‘ada degree tapi tak kerja.
“Come on, saya kerja dari rumah duit masuk okey. Saya tak suruh mak/ mak mentua jagakan anak saya.
“Nikmat basuh botol anak bertimbun dalam sinki. Nikmat tido 2 jam bangun menyusukan anak, nikmat cuci baju baby, baju sendiri hantar dobi.
“Tak muat rumah nak sidai, maklumlah gemuk, baju besar-besar, nikmat dengar anak dua-dua menangis serentak.
“Nikmat tengok baby shark dodododo, nikmat kena kutuk dengan suami. Nikmatsemua tu Allah dah tentukan.
“Tapi kalau aku ada maid, baik, rajin senang dah hatiku. Bersyukur jelah anak rapat dengan kita bila kita sendiri jaga.
“Orang lain tu perlu bekerja untuk tampung belanja rumah. Rezeki masing-masing.
“Ada suami yang sanggup berabis untuk lihat isteri cantik, ada suami yang katanya gurau-gurau tapi puji-puji orang lain, isteri sendiri dikutuk.
“Ada suami yang terima je seadanya, malah dihormati, diagungkan lagi isterinya. Kita enjoy je life.
“Kalau rasa bosan, cium anak-anak. Nikmat lah tu. Mak-mak yang bekerja tu tak dapat nak cium anak 24 jam.
“Anak-anak saya menyusu dengan hasil pembelian kek dari anda. Insya-Allah nanti mereka besar berbakti kepada semua orang dengan baik.
“Saya tak beli emas untuk diri sendiri, tiada bag LV untuk melaram, cukuplah saya dapat melihat anak-anak membesar dengan cukup sempurna, terima kasih,” luahnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan luahan Shafeeqa.
View this post on Instagram

Baik lah... sy setuju dgn sis... sy xda maid.. jaga anak dirumah sepenuh masa sambil buat kek lapis?.. sbb itu je yg sy rasa nikmat walaupun sering dikatakan “ad degree tp x kerja..” come on.. sy kerja dr rumah duit masuk hokey... sy xsuruh mak/mertua jagakan anak sy. Nikmat basuh botol anak bertimbun dlm sinki ?. Nikmat tido 2 jam bangun menyusukan anak ?, nikmat cuci baju baby, baju sdiri hantar dobi. Xmuat umah nk sidai. Maklum lah, gemuk.. baju besar2 ? nikmat dgr anak dua2 menangis serentak ? nikmat tgk baby shark dodododo ? nikmat kene kutuk ngan suami ? nikmat.. semua tu Allah dah tentukan... TAPI KLO AKU ADA MAID BAIK,RAJIN senang dah hatiku... bersyukur je lah.. anak rapat ngan kita bila kita sdiri jaga. Org lain tu perlu bekerja untuk tampung belanja rumah. Rezeki masing2.. ad suami yg sanggup berabis untuk lihat isteri cantik, ada suami yg katanya gurau2 tp puji2 org lain, isteri sdiri dikutuk. Ada suami yg terima je seadanya, malah dihormati diagongkan lagi isteri nya. Kita enjoy je life... klo rase bosan, cium anak2... nikmat lah tu... mak2 yg bekerja tu x dpt nk cium anak 24jam... #positivekandiriku #terimakasihkepadayangmembeli #keklapisanozon anak2 sy menyusu dgn hasil pembelian kek dari anda. Insyaallah nnt mereka besar berbakti kepada semua org dgn baik. Sy tak beli emas untuk diri sdiri, tiada beg LV untuk melaram.. cukup lah sy dapat lihat anak2 membesar dgn sempurna. Terima kasih...

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari) on

Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.
Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Dalam perkembangan terbaru, Shafeeqa baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 20 April lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ Memang Gempak! Siap Ambil Telefon Peminat Untuk Rakam Video

gempak
23/11/2024
13:55 MYT
Tak sampai dua jam, tapi Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ sememangnya memberi satu memori yang tidak akan dilupakan oleh peminatnya.
Unitar