Hollywood

Jadi Sukarelawan Kebakaran, Jennifer Garner - “Rakan Saya Maut, 5,000 Hilang Rumah…”

gempak
Maliah Surip
11/01/2025
21:50 MYT
Sponsor Banner
Jadi Sukarelawan Kebakaran, Jennifer Garner - “Rakan Saya Maut, 5,000 Hilang Rumah…”
Aktres Jennifer Garner melahirkan rasa dukacita dan bersedih melihat bencana kebakaran hutan di Los Angeles yang turut mengorban sahabat dan memusnahkan ribuan kediaman penduduk di Palisades dan Eaton.

Terkesan kehilangan rakan

Bekas isteri Ben Affleck yang kini ikut menjadi sukarelawan itu mengatakan sangat terkesan dengan kehilangan rakannya.

“Saya kehilangan rakan dan juga gereja kami. Saya tidak rasa ini waktu yang baik untuk bercakap tentangnya.“Rakan saya maut. Dia tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya seperti dilaporkan People.

Rasa bersalah lihat kediaman sendiri

Garner, 52, yang menjadi sukarelawan bersama World Central Kitchen's Chef José Andrés juga mengaku rasa bersalah sewaktu melihat kediamannya.

“Saya rasa bersalah saat melihat kediaman sendiri. Saya memikirkan tentang 100 keluarga dengan lebih 5,000 kediaman musnah.

“Saya terfikir apa yang saya boleh bantu dan jenis bantuan bagaimana yang boleh mengubat hati mereka?”katanya lagi.
Dianggarkan 180,000 penduduk terpaksa berbindah dengan 200,000 lainnya diberi amaran untuk berpindah.
Kebakaran terburuk dalam sejarah Los Angeles itu telah mengorbankan 11 nyawa setakat ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024