gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hafreez Adam Hormati Keputusan Aza Azmi Menyepi Dari Dunia Seni - “Saya Rasa Mungkin Dia Perlu…”
HIBURAN
Syasya Rizal Gembira Lihat Kejayaan DOLLA - "Saya Tahu Betapa Banyaknya…"
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Dikritik Kurang Menyerlah, Afiq Sky Tekad Buktikan Kemampuan - “Tiada Istilah Ada…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Jadi Kontot Dia Kejekan...”- Intan Najuwa ‘Speechless’, Suami Potong Rambut Anak Senyap-Senyap Sebab….

gempak
Umirah Halim
29/05/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
“Jadi Kontot Dia Kejekan...”- Intan Najuwa ‘Speechless’, Suami Potong Rambut Anak Senyap-Senyap Sebab….
Pelakon Intan Najuwa berkongsi kisah lucu mengenai rambut anak perempuannya, Imané Lunara yang dipotong secara senyap-senyap oleh suaminya.
Menerusi satu hantaran di platform Thread, Intan berkata kejadian berlaku ketika dia sedang sibuk memasak di dapur.
Tanpa disedari, suaminya diam-diam menggunting rambut Lunara sehingga menjadi pendek dan tidak sekata.
“Episod minggu ini.. semasa saya sedang memasak di dapur. Bapanya senyap-senyap guntingkan rambut anak dia jadi kontot macam ni.
“Dia cakap, kesian Lunara telinga gatal rambut cucuk kat telinga,” tulisnya.
Intan turut berkongsi beberapa keping gambar Lunara dengan gaya rambut terbaharu yang mencuit hati ramai.
“Guys jadi kontot rambut anak dia kejekan. Aku tak tahu nak gelak ke nak nangis,” katanya dalam kapsyen tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut terhibur dan meninggalkan emoji ketawa serta tangisan kerana tidak dapat menahan lucu melihat gaya rambut Lunara yang comel itu.
“Cutest! takpe Datin, lepas 2 minggu rambut babygal panjang balik yay.
“Baguslah. Bapanya pandai guntingkan rambut. Nanti tak payahlah susah nak bawa gi salun. Baby tak kisah rambut kontot pun tetap comel.
“Hahahahahaha sian Lunaraaaaa,” komen beberapa netizen.
Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Anak
#Rambut
#Intan
#Potong
#Najuwa
Must-Watch Video