,
Laman Utama

Jadi Heroin Telenovela Adaptasi Mis Tres Hermanas, Isyariana; "Tengok Zaman Kanak-Kanak Dulu..."

Amri Hassan
04/04/2021
02:50 MYT
Pelakon Isyariana teruja apabila diberikan peluang membintangi drama adaptasi telenovela terkenal Mis Tres Hermanas yang berjudul Hati Yang Dikhianati.
Isyariana yang melakonkan peranan sebagai heroin utamanya bernama Lisa tidak menyangka telenovela yang ditontonnya dari zaman kanak-kanak dilakonkan semula olehnya.
"Seronoknya membawa watak utama telenovela ini adalah sebab tak sangka cerita yang kita tengok pada zaman kanak-kanak dulu akhirnya dapat saya lakonkan watak utama tersebut.
"Cuma cabarannya adalah sudah tentu orang ramai yang pernah menonton telenovela ini pada masa lalu mungkin akan membuat perbandingan tentang watak ini.
"Jadi cabaran untuk saya adalah saya perlu memberi nafas baru untuk watak Lisa ini supaya ia lebih segar dan sesuai dengan era sekarang," katanya.
Mis Tres Hermanas pernah ditayangkan sekitar tahun 2000 dan dibintangi Scarlet Ortiz, Ricardo Álamo dan Roxana Díaz.
Hati Yang Dikhianati mengisahkan tiga adik-beradik perempuan yang dijaga oleh abang sulung mereka menjalani hidup yang penuh liku dan cabaran.
Drama Hati Yang Dikhianati diterbitkan oleh Global Station dan turut dibintangi oleh Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham dan Syamim Farid.
Drama ini akan ditayangkan mulai 12 April setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di slot Tiara, Astro Prima.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hangat Isu Penyondol, Amyra Rosli Ambil Pengajaran - “Hanya Tengok & Ambil Iktibar"

gempak
29/04/2024
07:55 MYT
Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan penyondol sememangnya sedang hangat diperkatakan oleh ramai pihak. Berkongsi pandangan berhubung perkara itu dari perspektif seorang isteri, pelakon Amyra Rosli menyatakan dirinya mengambil iktibar terhadap permasalahan yang berlaku ketika ini dan sentiasa mendoakan terbaik untuk mana-mana pihak terlibat da
Hiburan

Tidak Pernah Pukul Anak, Amyra Rosli & Amar Baharin Ada Cara ‘Parenting’ Berbeza – “Kalau Anak Saya Buat Salah…”

gempak
08/03/2024
10:00 MYT
Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin mengakui mereka tidak pernah menggunakan kekerasan ketika ingin mendidik anak-anaknya, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa sepanjang pengalaman mereka menjadi ibu bapa.
Laman Utama

Ada Syarat Amar Baharin Nak Kayuh Basikal - “Dia Cakap No Sebelum…”

gempak
05/10/2023
13:50 MYT
Nak kayuh basikal pun bersyarat tau.
Laman Utama

Al-Fatihah… Bapa Amar Baharin Meninggal Dunia

gempak
25/05/2023
02:41 MYT
Al-Fatihah...
Laman Utama

“Sukar Percaya Lelaki, Ambil Masa Lama Nak Kenal” - Isyariana Tak Sanggup Berdepan Penceraian, Harap Bertemu Jodoh Yang Tepat

gempak
17/02/2023
06:45 MYT
Kena kenal betul-betul baru boleh ke fasa seterusnya.