,
Laman Utama

“Jadi Diriku”- Elyana Kembali Tak Bertudung?

Syafiqah Jalal
07/08/2022
08:02 MYT
Penyanyi Elyana dilihat memuat naik beberapa keping foto tak bertudung sejak semalam ke akaun Instagram (IG) miliknya.
Tidak menulis apa-apa kapsyen ke atas foto itu, Elyana juga dilihat bertindak menutup ruangan komen ke atas fotonya yang tidak bertudung.
Pun begitu, terkini foto-foto itu telah dipadam dan hanya tinggal sekeping foto tak bertudung dibiarkan berada di entri IGnya.
Dalam gambar tidak bertudung itu Elyana memakai baju yang tertulis ‘jadi diriku’.
Terkejut dengan tindakan itu, netizen mula mempersoalkan apa yang berlaku kepada Elyana yang baru sahaja disahkan pulih dari kanser limfoma di dalam ruangan komen foto berhijab yang lain.
Malah ramai yang meminta agar penyanyi itu untuk terus istiqamah dan tabah hadapi dugaan dan ujian hidup.
“Hmm dah sihat je..hilang tudung,” dakwa salah seorang warga maya.
“Istiqamah tu memang susah bila Allah dah tak uji sakit, tapi sihat bahagia pun sebenarnya ujian bagi kita, apa pun buat terbaik, ramai yang mendoakan baik-baik teruskan Istiqamah, sebab pakai tudung Elyana tetap lawa,” nasihat salah seorang netizen.
Bagaimana pun masih ada yang tidak percaya dengan tindakan Elyana yang kini sudah tak bertudung dan percaya akaun IGnya digodam
“Akaun Elyana kena hacked ke? Macam kena hacked je,” tanya salah seorang pengikutnya.
Gempak meninjau ke IG Story Elyana, penyanyi Tak Tercapai Akalmu itu berang dengan komen netizen yang seolah-olah berharap dia bakal mendapat kanser Kembali.
“Kanser tu bakal ada lagi…Sekarang memang dah bebas tapi benih-benih kanser tetap ada Cuma tak aktif. Tunggu dia sakit balik nanti kita sembur,” tulis netizen.
Elyana yang marah dengan dakwaan itu menganggap orang Melayu semakin hilang adab.
“Apa nak jadi la dengan adab orang Melayu sekarang ni eh? Nak tegur orang kea rah kebaikan, end up kau yang buat keburukan,” balasnya dalam entri IG Story seterusnya.
Mengakhiri posting IG Story itu semalam dia mengucapkan terima kasih.
“Terima kasih,” ucapnya. Terdahulu, pada Disember tahun lalu, dia mengumumkan berita gembira apabila disahkan bebas daripada kanser limfoma yang dihidapinya sejak 12 tahun lalu.
Elyana buat pertama kali membuka mulut membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Belum Dapat ‘Offer’ Berlakon Sejak Peluk Islam, Anggap Tiada Watak Yang Sesuai Dengan Imej - “Selama Saya Berada Dalam Industri, Tak Pernah Meminta…”

gempak
09/09/2024
09:25 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon selepas memeluk islam pada September lalu.
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Hiburan

Termuat Naik Gambar Free Hair, Adira Salahudi Mohon Maaf - "Sesiapa Tengok, Jangan Sebarkan"

gempak
24/07/2024
07:48 MYT
Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi tampil membuat permohonan setelah tersilap memuatnaik foto tanpa berhijab di akaun Instagramnya.
Hiburan

Mula Jalani Kemoterapi, Elyana Kurang Senang Netizen Sering Tanya Soal Kanser – “Bila Ada Yang Tak Kena, Orang Maki Hamun Saya”

gempak
20/07/2024
05:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.
Hiburan

Peminat Sokong Jika Syasya Mahu Berhijab - “I Will Continue Supporting Her”

gempak
11/04/2024
12:27 MYT
Cantiknya Syasya bila berhijab. Doakan yang baik-baik tau.