KELUANG MAN
Jadi Cameo Dalam Keluang Man, Nadhir Nasar Beri Hint? - “Will Be Back…”
Kemunculan pelakon, Nadhir Nasar dalam filem superhero ikonik negara, Keluang Man menarik perhatian penonton.
Nadhir beri hint
Walaupun hanya sebagai penampilan istimewa, kehadiran dalam Keluang Man mendapat komen positif daripada penonton,Lebih mengujakan lagi, hantaran di Instagram Nadhir juga turut menjadi perhatian apbila dia menulis kapsyen akan kembali,
“Will… Be… Back…” tulisnya.
Malah, pelakon utama Keluang Man iaitu Nas Muammar Zar turut memberikan komen di hantaran berkenaan.
Disebabkan itu, ramai meluahkan rasa tidak sabar menantikan projek terbaharu daripada pelakon berbakat itu.“Make it happen,” balasnya.
Keluang Man diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Saksikan Keluang Man di pawagan seluruh negara.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man
Must-Watch Video