,
Hiburan

Izinkan Kisah Disihir Jadi Filem, Ustaz Kazim Nafi Guna Tragedi Gelap Sebagai Marketing - "Tak Berlakon Pun Orang Kenal Saya"

Muhammad Firdaus
12/06/2024
08:55 MYT
Pendakwah selebriti, Datuk Mohd Kazim Elias menerangkan bahawa dirinya tidak pernah berniat 'menggunakan' pengalaman disihir sebagai salah satu cara mempromosikan diri sendiri.

"Tak berlakon filem pun orang dah kenal saya...

Menurut Ustaz Kazim, 52, dia tidak memerlukan 'marketing' murahan untuk mengejar populariti dan mengakui tidak perlu berbuat sedemikian kerana dirinya telahpun dikenali ramai pihak.

BERITA TRENDING: Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”

"Saya rasa saya dah terkenal dah. Tak berlakon filem pun orang dah kenal saya. Jadi kalau orang kata saya 'marketing' dengan filem, salah, sebab filem yang 'marketing' saya.

BERITA TRENDING:Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

"Saya buat perkara ni bukan untuk cari glamour dah, saya dah tua, dah 50 tahun lebih. Cuma saya buat sesuatu untuk sasarkan supaya orang masuk panggung wayang, orang tak syak menonton wayang tu haram," katanya.

Mahu Teruskan Kerjaya Lakonan

Dalam pada itu, Ustaz Kazim ketika ditemui di Malam Gala filem Zim Zim Ala Kazim yang berlangsung di GSC, The Starling Mall, Petaling Jaya berkongsi bakal meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan namun tetap menjaga batas yang ditetapkan dalam agama.

BERITA TRENDING: Bermusafir Tak Perlu Solat Jumaat? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus

"Saya tak senang-senang terima tawaran berlakon. Kalau saya berlakon tak boleh pegang, tak boleh bersentuhan.

BERITA TRENDING:"Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim

"Lagi satu jaga solat, itu antara perjanjian yang saya buat. Tiada babak-babak yang buat orang malu nak tengok.
"Kalau masyarakat beri sokongan dan kepercayaan, saya nak ajak kawan-kawan saya di luar sana dan jadikan industri drama dan filem seronok untuk ditonton," ujarnya.
Sekadar info, Ustaz Kazim membintangi filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim yang bakal ditayangkan pada 13 Jun ini.
Selain Ustaz Kazim sebagai teraju utama, filem Zim Zim Ala Kazim turut membariskan barisan pelakon tanah air lain seperti, Man Raja Lawak, Iqram Dinzly, Bell Ngasri dan pempengaruh, Ryan Bakery.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.