,
Berita

“Itu Tawaran Pertama & Terakhir Saya” - Peragut Wan Maimunah

Hanafis Haris
08/12/2020
14:35 MYT
Sebut saja iklan paling 'evergeen' di Malaysia, pastinya adegan ragut membabitkan pelakon Wan Maimunah antara yang diingati ramai.
Malah, Wan Maimunah sebelum ini pernah meluahkan hasratnya untuk bertemu kembali dengan individu yang menjadi 'peragut' dan pernah berlakon iklan dengannya, hampir 20 tahun lalu.
Terbaharu, peragut yang selama ini ‘membayangi’ iklan tersebut akhirnya tampil memunculkan diri.
Menceritakkan pembabitannya dalam iklan tersebut, Mohd Uzreen Mohd Kassim yang kini bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan pada tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.
Menurut Mohd Uzreen, sebagai individu yang tiada pengalaman, peluang berlakon dalam iklan itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah.
“Teruja ada, takut pun ada, bercampur baurr ketika berlakon dengan ibu Wan Maimunah.
“Walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya, saya cuba. Ibu pun tidak lokek berkongsi ilmu,” katanya menerusi Harian Metro.
Menurutnya lagi, iklan berkenaan merupakan tawaran pertama dan terakhir buat dirinya.
“Tiada lagi selepas itu tetapi impaknya besar sehingga kini terutama selepas video iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu.
“Saya pun banyak terima ratusan mesej daripada individu tidak dikenali di Facebook.
“Apapun saya bangga kerana mesej iklan berkenaan sampai kepada penonton,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Wan Maimunah, Confirm Meleleh Air Mata! Telefilem Ibu Pinjaman Diinspirasi Kisah Sebenar

gempak
14/06/2024
06:30 MYT
Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini, syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd membawakan telefilem khas berjudul Ibu Pinjaman yang ditayangkan di saluran Astro RIA dan Astro Oasis, jam 10 pagi.
Laman Utama

Sudahlah Gagal Meragut Rantai Emas, Dibelasah Pula Bertubi-Tubi Dengan Handbag

gempak
16/05/2023
09:50 MYT
Aduh, peragut yang malang!
Laman Utama

Tergamak Bayar Wan Maimunah RM200 Berlakon Drama - "Tak Apalah... Memang Bukan Rezeki Saya"

gempak
12/04/2023
04:50 MYT
Kasihannya dramatis air mata kita diperlaku sebegitu...
Laman Utama

Zahiril Adzim Jadi Pemandu Ambulans - "Tujuan Kita Satu Je, Nak Bawa Pesakit Ke ..."

gempak
09/06/2022
09:22 MYT
Jangan lupa tonton.
Laman Utama

“Rasanya Dah Boleh Pencen Kot” - Netizen Samakan Level ‘Drama Air Mata’ Kak Long Dengan Wan Maimunah?

gempak
27/03/2022
01:56 MYT
Eh dah kenapa?