HIBURAN
“Itu Rahsia Yang Saya Buka Hari Ini…” – Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Tentang Gigi ‘Taring’
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil berkongsi mengenai keadaan giginya yang kekal asli sejak dahulu, kecuali satu bahagian yang ditutup kerana bentuknya kelihatan seperti taring.
Menerusi satu rakaman siaran langsung baru-baru ini, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan bahawa dirinya tidak banyak melakukan perubahan pada giginya sejak dari dulu.
@affendyjailani #ctdk #sitinurhaliza #BukakMulut #malaysiatiktok #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fyyyyyyyyyyyyyyyy #tiktokmalaysia #fypage #artismalaysia #tiktokviral ♬ original sound - Affendy Jailani
“Alhamdulillah, gigi saya tak ubah banyak. Dia masih lagi original.
“Cuma satu je (gigi depan bahagian kiri) yang tutup. Kalau tidak dia macam taring tajam.
“Jadi doktor tutupkan, tapi sampai sekarang tak jatuh. Tapi warna dia boleh nampak lain daripada yang lain.
“Itu rahsia yang saya buka hari ini,” kata Siti dengan nada berseloroh.
Pendedahan ringkas itu ternyata menarik perhatian netizen yang menyifatkan pelantun lagu Cindai itu tetap kelihatan cantik dengan ciri semula jadinya sejak zaman remaja.
“Siti ni dia cantik asli, kulit dia mulus bukan jenis yang berjerawat sejak dari dulu.
“Dulu nak jadi artis wajib cantik sebab tu artis dulu cantik lain macam sekarang orang biasa lagi cantik dari artis fakta.
“Dia ni dari dulu semula jadi cantik sampai la sekarang. Tu la comel ikut emak ya, Salmah.
“Taring tu yang sweet sebenarnya. Dulu saya admire Tokti tang gigi, dagu terbelah dan tahi lalat bawah bibir tu. (Remaja hujung 90-an),” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video