,
Hiburan

“Itu Hal Mereka, Kalau Ada Bukti Sila Keluarkan” - Isteri Fizi Nafi Dakwaan Campur Tangan Hal Anak

Mya Amri
23/01/2024
01:01 MYT
Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali, Siti Zulaikha mendedahkan enggan mencampuri kemelut diantara suaminya dan bekas isteri iaitu Shakilla Khoriri.
Menyifatkan perkara itu adalah hal peribadi antara Fizi dan Shakilla, Zulaikha meminta aktres itu tampil dengan bukti sekiranya mendakwa dirinya adalah orang ketiga yang mencampuri urusan hak penjagaan anak mereka iaitu Ameena Sofea.
"Rasanya tak ada isu tentang campur tangan orang ketiga sebab saya tidak pernah masuk campur urusan Fizi dan Shakilla.
"Kalau dia cakap saya sebagai orang ketiga yang masuk campur dalam masalah mereka, boleh minta Fizi bukti jika ada. Bagi saya itu hal mereka.
"Kalau ada bukti sila keluarkan. Itu sahaja. Kalau itu yang dia katakan keluarkan saja bukti tersebut," katanya.
Zulaikha ditemui pada perbincangan sulh berhubung tuntutan hak penjagaan Ameena yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.

BERITA TRENDING: Shakilla Koriri Bidas Fizi - “Kalau Rasa Nak Bersama Anak Munculkan Diri, Bukan Ghaib

Bagaimanapun, Zulaikha menegaskan dia hanya membalas sekali sahaja mesej yang dihantar Shakilla kepada Fizi disebabkan pelakon tersebut mula mengaitkan namanya dalam hal mereka.
Jelas Zulaikha, pihaknya dan Fizi turut mempunyai bukti untuk dikemukakan bagi menafikan dakwaan campur tangan seperti yang didakwa oleh Shakilla.
"Rasanya pernah sekali saya membalas mesej Shakilla itu pun disebabkan dia yang mula petik nama saya.
"Kalau Shakilla kata dia ada bukti, pihak kami pun ada bukti juga. Ada sebab kenapa saya balas mesej dia.
"Tetapi itu sekali saja saya membalas mesej Shakilla disebabkan dia mula libatkan diri saya. Kalau dia tak sebut nama saya, saya tidak akan balas mesej tersebut," ujarnya.
Terdahulu, Shakilla memberitahu dia menyekat nombor telefon Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 37, kerana tidak mahu berkomunikasi dengan isterinya iaitu Zulaikha yang dikatakan campur tangan terhadap penjagaan anak mereka iaitu Ameena.
Kata Shakilla, dia menyekat nombor telefon Fizi kerana tidak berminat untuk berkomunikasi dengan orang ketiga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar