,
Laman Utama

"Itu Bukan Pakaian Dalam" - Pinkan Mambo Teruja Impian Viral Tercapai Gara Gara ‘Tidur’ Atas Pentas

Maliah Surip
25/09/2022
06:50 MYT
Penyanyi yang pernah bergabung dengan grup Ratu, Pinkan Mambo mengaku teruja dan senang apabila dirinya kini menjadi viral dan bualan masyarakat.
Kata Pinkan, selama ini hampir setiap hari dia memikirkan cara untuk menjadi viral.
“Tapi ternyata sekarang boleh viral sendiri. Saya senang sekali,” akuinya sewaktu menjadi tetamu saluran YouTube Melaney Ricardo.
Ada dua perkara yang menyebabkan penyanyi itu kembali viral.
Pertama kerana aksi ‘tidur’ atau menyanyi sambil berbaring di atas pentas sewaktu muncul dalam Playlist Festival di Bandung. Waktu itu dia mendendangkan lagu Kekasih Yang Tak Dianggap.
Kata Pinkan, aksi tidur di atas pentas bukan pertama kali dilakukan.
“Dulu sering saya lakukan aksi sama, tapi kebanyakannya hanya di pentas pentas besar,” jelas wanita berusia 42 tahun itu.
Hal kedua yang menjadi buah mulut adalah kerana sewaktu baring di atas pentas, pakaian dalam dan sebahagian anggota badannya terlihat.

Pinkan Mambo pakai bicycle pant

Namun Pinkan menjelaskan, apa yang terlihat bukanlah pakaian dalam. Sebaliknya dia memakai baju renang yang dipadankan bersama seluar ketat untuk berbasikal (bicycle pant).
"Itu bukan pakaian dalam. Jadi itu baju renang yang saya pakai sama bicycle pant,"
“Bicycle pant kan tidak boleh dipakai di luar jadi sebab itu nampak seperti pakaian dalam, padahal di luarnya saya sarung baju renang,” jelas Pinkan seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Menurut Pinkan dia menyarung baju renang dan bicyle pant untuk memudahkan pergerakan, berbanding memakai korset.
“Saya punya korset dan selalu memakainya, tapi sejak badan mula naik ia sudah tidak muat. Lagipun kalau memakai korset pergerakan saya mungkin agak terbatas,” katanya lagi.
Diketahui beberapa tahun kebelakangan ini, Pinkan tidak mempunyai pekerjaan sebagai selebriti. Ibu empat anak ini menjalani kehidupan dengan menjadi penjual baju online.
Justeru apabila dijemput untuk berada di pentas Playlist Festival di Bandung antaranya bersama mantan Ratu iaitu Maia Estianty, dia berasa peluang tersebut perlu digunakan sebaiknya.
“Tapi bukanlah saya mengatur strategi bagaimana untuk viral, cuma sekarang ia terjadi dengan sendiri,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.