HIBURAN
Itik Jadi 'Pesalah Trafik Berulang', Langgar Had Laju
Imej radar pesalah berulang yang melanggar had laju berjaya ditangkap pada bulan lalu.
Pihak berkuasa di bandar Koniz berhampiran ibu kota Switzerland memberitahu, pelaku kesalahan trafik itu bagaimanapun seekor itik melewar.
Majlis perbandaran menerusi catatan di Facebook mereka mengesahkan itik tersebut terbang pada kelajuan 52 kilometer sejam (km/j) di zon yang menetapkan had laju hanya 30km/j.
Menerusi laporan akhbar Berner Zeitung, ia mendedahkan 'pesalah trafik berulang' itu dipercayai adalah itik sama yang melakukan kesalahan serupa pada tarikh sama, kira-kira tujuh tahun lalu.
Susulan itu, majlis perbandaran itu memaklumkan ia sedang mempertimbangkan sama ada ia mungkin gambar palsu atau cubaan pihak yang mahu berjenaka.
Tetapi, polis menegaskan adalah mustahil untuk memanipulasi imej atau sistem radar.
Menurutnya, sistem komputer tersebut diuji pada setiap tahun oleh Institut Persekutuan Metrologi Switzerland dan gambar yang diambil itu tidak boleh diakses tanpa kebenaran khas.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video