,
Hiburan

“It Meant So Much, Love You” – Selepas Bertemu, Ariana Grande Jadikan Foto BTS Jungkook Sebagai Wallpaper

Mya Amri
08/05/2019
10:20 MYT
Penyanyi terkenal, Ariana Grande mendapat perhatian peminat selepas memuat naik foto bersama anggota kumpulan terkenal dunia, BTS Jungkook. Ariana memuat naik foto tersebut menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya semalam.
“Screaming. ? thank u soooooo much for coming to my show, Jungkook. it meant so much. love u sm,” tulisnya.
Tidak cukup dengan itu, Ariana juga menjadikan foto bersama Jungkook itu sebagai penghias skrin telefon pintar miliknya (lock screen wallpaper).
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ariana menerusi perkongsian di Ig Story miliknya.
Dalam pada itu, menerusi media sosial, perkongsian Ariana itu masih lagi menjadi perbualan hangat dan mendapat pelbagai reaksi positif peminat seluruh dunia yang rata-rata terkejut serta teruja melihat foto tersebut.
“@ArianaGrande set her wallpaper as their picture of Jungkook and this is what I’m friking living for right now like oh my can they please collab already and she's soooo sweet I mean, look at the caption,” tulis @armyinph
“@BTS_twt OMG JUNGKOOK!!! @ArianaGrande use it as her lock screen wallpaper omg omg! I’m so happy for Kookie,” komen @rainaf97.
Terdahulu, Jungkook meluangkan masa hadir ke konsert Ariana Grande bertempat di Staples Center, Los Angeles sebelum bertemu dengan penyanyi wanita itu di belakang pentas selepas konsert selesai semalam. Dalam perkembangan terbaru, BTS yang dianggotai oleh Jin, RM, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini baru sahaja memulakan konsert siri jelajah ‘Love Yourself: Speak Yourself’ bertempat di Rose Bowl Stadium, Los Angeles pada Sabtu dan Ahad lalu.
Foto: Instagram @arianagrande
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hollywood

Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak

gempak
30/06/2024
21:51 MYT
Penyanyi Ariana Grande meluahkan keinginan keluar makan malam bersama salah seorang pembunuh bersiri paling kejam dunia jika berpeluang berbuat demikian.
Hiburan

Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

gempak
08/06/2024
14:43 MYT
Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.
Artis Korea

BTS Jadi Kumpulan Lelaki Paling Banyak Dicari Di Google 2023

gempak
13/12/2023
14:55 MYT
Power BTS!
BorakSeeni