,
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

Amri Hassan
05/10/2024
14:00 MYT
Lagu “Cinta Setandan Pisang” (Bey Sobar Bey) ciptaan komposer ternama, Eddie Hamid mencipta fenomena apabila menjadi lagu paling popular di TikTok dan mencatat hampir 20 juta tontonan di YouTube setakat ini!
Kini, komposer yang menjadi buruan ramai penyanyi itu memilih Adik Waniey untuk menyanyikan lagu terbaharu ciptaan beliau berjudul "Curey Depe Mato” yang liriknya ditulis oleh Mama Anna, Te Ha dan Jaju.
Menampilkan kelainan daripada genre muzik yang biasa dibawa sebelum ini, Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.

Dangdut pop moden

Menurut Eddie, lagu ciptaan terbaharunya itu sesuai dengan nada suara Adik Waniey yang menjadi sebab mengapa dia dipilih untuk menyanyikannya.
"Awalnya Adik Waniey terkejut juga sebab melodi dan rentak lagu yang diberi berbeza dengan lagu-lagu yang dia rakam sebelum ini. Tapi sewaktu rakaman, saya tengok dia boleh bawa dengan bagus. Bagi saya, Adik Waniey boleh bawa apa-apa konsep lagu, baik yang bernada tinggi atau rendah, semua dia boleh buat. Kiranya ini adalah genre Pop Dangdut yang moden sikit.
"Lagu ini sangat sesuai dengan suaranya yang boleh membawa pelbagai genre lagu dan tidak tertumpu pada hanya satu konsep lagu sahaja. Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati kerana Adik Waniey telah membawa lagu itu dengan cukup baik.
"Selama ini, lagu dialek Kelantan ciptaan saya tak ada lagu lenggok sebegini tapi kali ini, saya beri kelainan. Kebiasaannya, lenggok lagu sebegini digunapakai ramai penyanyi dari Indonesia.
"Untuk lagu "Cinta Setandan Pisang" (Bey Sobar Bey) nyanyian Eda Ezrin dan Man Manjo, itulah lenggok yang sering digunapakai di Malaysia. Cuma untuk lagu "Curey Depe Mato" ni lembutnya lain sikit," jelas Eddie tentang konsep lagu ciptaan terbaharunya itu.

Situasi curang

Tambah Eddie, setiap lagu ciptaannya mesti ada mesej yang tersirat. Lagu ini dicipta berdasarkan situasi sekarang di mana ramai orang tidak sorok-sorok lagi apabila melakukan kecurangan.
"Kisah-kisah yang berlaku pada hari ini iaitu curang depan mata semakin kerap berlaku. Biasanya, dulu orang kalau curang bersembunyi-sembunyi tapi sekarang ini dibuat depan mata.
"Saya masih mengekalkan penulis lirik, Mama Anna, Te Ha dan Jaju untuk lagu terbaharu saya ini kerana mereka faham apa yang saya mahukan. Saya boleh tulis lirik tapi untuk lirik dalam dialek Kelantan ini biarlah diberi kepada orang-orang yang benar-benar pakar kerana untuk menyusun kata-kata dalam dialek itu perlu orang-orang yang lebih arif," katanya lagi tentang lagu yang dirakam di K7 Studio, Kota Bahru tiga bulan lalu.
Lagu yang baru dilancarkan di semua platform penstriman pada 2 Ogos yang lalu turut menampilkan bakat baharu iaitu Adam ZBP.
Tegas Eddie, penampilan Adam ZBP dalam lagu "Curey Depe Mato" adalah untuk memberi pendedahan kepada penyanyi tersebut sebelum dia keluar dengan single solo sendiri.
"Lagu ini menampilkan Adam ZBP, pelapis baharu di Kelantan yang semakin popular. Saya nak bagi peluang kepada Adam ZBP sebab dia bakal muncul dengan album solo. Lagu ini masa saya previu hari itu, ramai yang kata lagu ini boleh pergi jauh.
"Alhamdulillah, walaupun baru dikeluarkan, beberapa stesen radio sudah pun memutarkan lagu ini. Saya harap lagu ini diterima ramai sepertimana lagu-lagu ciptaan saya sebelum ini," kata Eddie penuh harapan.

Tak selesa

Bagi Adik Waniey pula, walaupun dia tak sangka diberi genre muzik sebegini, beliau yang pernah menyertai pertandingan realiti Dangdut Academy Asia 3 (D'Academy Asia 3) pada 2017 di Indonesia tetap menerimanya sebagai cabaran.
"Genre muzik lagu Curey Depe Mato ini memang jarang saya nyanyikan tapi bila komposer pinta saya rakam lagu ini, saya tak menolak. Bagi saya, untuk menjadi seorang penghibur, saya perlu berkebolehan mendendangkan lagu dalam pelbagai genre.
"Memanglah, apa-apapun pada peringkal awal, kita akan rasa tak selesa tapi bila sudah sering menyanyikan lagu sebegitu, lama kelamaan kita sudah terbiasa dan In Sha Allah boleh menyampaikannya dengan penuh keyakinan," katanya berterus terang.
Lagu "Curey Depe Mato" Adik Waniey terbitan Kijang Music kini boleh distrim di semua pelantar penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Deezer dan KKBox.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Unitar