Viral
Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”
Pendakwah selebriti, Ustaz Datuk Ustaz Kazim Elias menyifatkan tindakan merehatkan Ustaz Don daripada muncul di kaca televisyen sebagai satu kerugian besar.
BERITA TRENDING:"Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim
Satu Kerugian Besar Rehatkan Ustaz Don
Menurut Ustaz Kazim, pendakwah yang juga merupakan anak muridnya itu mempunyai kelebihan menarik minat banyak pihak terutama golongan muda untuk lebih mendalami agama.
“Ustaz Don merupakan anak murid saya sebelum dia ke Al-Azhar. Dia merupakan seorang pendakwah yang mempunyai cara penyampaian yang mudah difahami.
“Anak-anak muda boleh ikut dengan bahasa, sopan-santun dan lemah lembutnya. Dia berjaya menarik minat ramai orang.
“Bagi saya, ia merupakan satu kerugian yang besar jika Ustaz Don tidak boleh bercakap di saluran media utama lagi.
“Memang kita ada media sosial, tapi orang tetap nak melihat kita di saluran media utama seperti televisyen, radio dan sebagainya,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Ditanya Hukum Merokok Sambil Buang Air Besar, Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Kazim berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya pada Jumaat.
Bercerita lebih lanjut, penceramah asal Manjoi, Perak ini menganggap perkara yang menimpa Ustaz Don ini sebagai cabaran dalam usaha dakwah.
“Jadi, mungkin ada penjernihan yang perlu dibuat oleh Ustaz Don. Ketika ini, pihak JAKIM pun dah panggil dia dan Mufti Wilayah juga telah berikan kenyataan.
“Saya juga pernah kena gam. Namun, saya hormat keputusan tersebut dan saya harus perbetulkan semula kesilapan saya.
“Saya percaya, bila kita buat yang terbaik, saluran seperti tv dan radio akan panggil kita balik. Begitu juga dengan masyarakat,” jelasnya.
BERITA TRENDING:“Haram Basuh Tangan Pakai Air Sirap Kenduri” - Ustaz Azhar Idrus
"Janganlah terus menghentam dia seolah-olah dia tidak pernah berbuat baik...
Sementara itu, Ustaz Kazim berharap agar masyarakat tidak terus menghukum Ustaz Don dan memberi peluang kepada beliau untuk memperbetulkan keadaan.
“Dalam isu ini, kita kena ada kelapangan hati. Bagi pihak masyarakat pula, janganlah terus menghentam dia seolah-olah dia tidak pernah berbuat baik.
“Apa salah Ustaz Don sampai nak kena maki hamun. Kalau betul salah, kita berjumpa dan nasihat dengan baik,” katanya.
BERITA TRENDING: Ustaz Don Daniyal Direhatkan RTM Terkait Isu Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW
Dalam pada itu, Ustaz Kazim percaya bahawa Ustaz Don mampu menghadapi dugaan tersebut dengan baik.
“Saya tiada hubungi dia pun. Cuma dia ada mesej saya perjalanan program Salam Baitullah. Saya pun tak nak balas atau serabutkan fikiran dia.
“Saya tak nak tambah tekanan dia lagi. Saya tahu, Ustaz Don merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Andai kata direhatkan, dia akan akur.
“Dia bukan jenis melawan. Jadi, tak perlu saya nasibat sebab dia tahu apa yang perlu dibuat,” katanya.
Must-Watch Video