Viral
Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan ..."
Personaliti media Cupcake Aisyah akhirnya bersuara tentang isu percintaan antara dirinya dengan bekas teman lelaki Leona Azhar.
Menurut Aisyah menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, dia mengakui tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan bekas teman lelaki rakan baiknya seperti yang diperkatakan netizen.
BERITA TRENDING: Leona Dedah Kawan Baik Sendiri Bercinta Dengan Ex-Boyfriend, Manakala Netizen Pula Petik Nama…
"Saya tak pernah jalinkan hubungan dengan dia. Saya kali pertama jumpa dia pada awal tahun 2022 menerusi hubungan mereka (Leona)."Kami bertiga menjadi rakan baik yang sentiasa menyokong satu sama lain dalam bisnes, media sosial dan kehidupan dan saya mahu mendedahkan tiada sebarang niat daripada pihak saya sepanjang hubungan mereka," tulis Aisyah.
Dalam pada itu, Aisyah tidak menafikan hubungan antara dirinya dan bekas teman lelaki Leona semakin rapat selepas mereka 'putus', namun berhenti berbuat demikian selepas rakan baiknya itu menyatakan rasa kurang senang dengan situasi berkenaan.
"Dia banyak mulakan interaksi dengan saya selepas putus dengan Leona, jadi secara naturalnya kami menjadi lebih rapat.
"Pada Disember 2022, Leona dan saya bercakap tentang perkara itu ketika dia pulang ke Kuala Lumpur di mana dia meluahkan rasa kurang senang tentang situasi itu.
"Demi persahabatan kami, saya berhenti mengejar sesuatu yang lebih daripada seoarng kawan dengan bekas teman lelakinya," jelas Aisyah lagi.
PILIHAN PEMBACA: Isu Kawan Baik Sondol Ex Boyfriend, Netizen Back Up Leona - “Kena Betray Dengan Bestfriend Memang Sakit”
Sekadar info, sebelum ini Leona Azhar memuat naik satu video di TikTok mendedahkan bekas teman lelakinya bercinta dengan sahabat baik sendiri.Susulan penularan video itu, nama Cupcake Aisyah menjadi 'buah mulut' netizen apabila ramai yang berpendapat entri itu ditujukan kepada dirinya.
Must-Watch Video