,
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

Firdaus
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.

"Saya mengambil tanggungjawab untuk menjaga sedikit ruang itu agar ia tidak terlalu terbuka sehingga membawa risiko kepada semua pihak...

Menurut Osman, dirinya beranggapan bahawa pengarah mempunyai pilihan sama ada mahu mengambil tanggungjawab tersebut atau pun sekadar menjalankan tugas pengarahan mereka tanpa melibatkan diri dalam urusan peribadi individu lain.
“Saya belum pernah lagi berhadapan pengalaman itu di set penggambaran saya.
“Tetapi, kalau perkara itu berpotensi mencetuskan impak negatif kepada masyarakat, ada baiknya sebagai orang yang berpengalaman dalam industri, saya mengambil tanggungjawab untuk menjaga sedikit ruang itu agar ia tidak terlalu terbuka sehingga membawa risiko kepada semua pihak.
“Terpulang kepada pengarah, sama ada mahu memberi teguran atau membiarkan sahaja perkara itu,” katanya yang ditemui sempena sidang akhbar dan tayangan perdana drama bersiri Barajiwa di sini, petang tadi.
Pengarah filem Anak Halal itu mengulas berhubung isu tersebut selepas isu skandal membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies di set penggambaran menggemparkan dunia seni tanah air.

Tak Teragak-Agak Beri Teguran

Bercerita lebih lanjut, Osman memaklumkan dia tidak teragak-agak untuk memberi teguran kepada pelakon dan kru di set penggambaran mengenai perkara tersebut.

BERITA TRENDING:Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

​BERITA TRENDING:Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

​BERITA TRENDING:Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

​BERITA TRENDING:Ibu Aliff Aziz Coretkan Kata-Kata Semangat Buat Anaknya - “Kamu Tidak Mempunyai Niat Buruk Terhadap Sesiapa..”

Namun, keadaan itu bergantung kepada tahap keakrabannya bersama pelakon.
“Keadaan ini bergantung dengan serapat mana hubungan saya dengan pelakon berkenaan. Contoh, katakanlah Remy Ishak. Saya boleh tegur dia sebab hubungan kami rapat.
“Tapi kalau dengan pelakon yang saya baru kenal dan baru bekerja bersama, tentu ada batasan.
“Jadi saya tak boleh dengan sembarangan campuri hal peribadi pelakon yang bekerja dengan saya.
“Pembatasan itu tetap boleh dilakukan, contohnya mungkin dengan cara asingkan bilik wardrobe, perbaiki cara kerja untuk mengurangkan kemesraan yang berlebihan,” jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.