,
Laman Utama

Isu Pecah Amanah & Dikhianati, Fazura Terima Pengajaran; “Cannot Trust Anyone Walaupun Rapat Dengan Saya”

Shahrin Zulkifle
11/03/2023
03:00 MYT

Pelakon dan usahawan Nur Fazura mendedahkan wujud isu pecah amanah dalam syarikat yang melibatkan kakitangan perniagaan miliknya.

Enggan mengulas lanjut, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, berkata kes terbabit sudah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Betul memang ada pecah amanah dan kes ini sangat-sangat berat. Ia melibatkan kakitangan sementara dan sejumlah wang yang sangat banyak.

“Saya tak ingin ulas panjang kerana hal ini masih menjadi siasatan pihak polis. InsyaAllah kita akan tahu lebih lanjut apabila mendapat update nanti.

“Apatah lagi ia bukan membabitkan satu kes saja sebaliknya melibatkan beberapa kes lain dengan orang yang berbeza.

“Saya bukan ingin buka aib sesiapa, tetapi sudah melanggar undang-undang dan boleh dianggap ini kes khianat juga” katanya kepada Gempak.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran butik terbaharu dan tayangan kempen hari raya jenama miliknya yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin itu turut menganggap kejadian berkenaan sebagai pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Malah, perkara berkenaan membuka mata Fazura untuk tidak mudah mempercayai orang sekeliling mahupun kawan sendiri.

“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Ia juga menjadi pengajaran buat saya untuk lebih berhati-hati dalam mempercayai orang.

“Hal yang terjadi bukan saja pengajaran buat saya sebaliknya sebagai teladan buat si pelaku juga menyesali dengan apa yang dia sudah buat.

“Mungkin saya terlalu mudah percaya dan bersangka baik pada orang, itu lah silap saya. Tidak rasa menyesal untuk bersangka baik, tetapi pengajaran untuk saya.

“Sebab sejak kebelakangan ini saya banyak mengalami situasi begitu (dikhianti) dengan pekerja dan kawan-kawan. Cannot trust anyone walaupun dia seorang yang rapat dengan saya,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Ogos tahun lalu, media melaporkan Fazura ada membuat satu laporan polis berkenaan isu pecah amanah terhadap syarikat miliknya.

Bagaimanapun, aktres tersebut tidak memperincikan butir lanjut mengenai laporan polis yang dibuat.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.