,
Laman Utama

Isu ‘Melalak’ Minta Bantuan Di Sosial Media, Sherie Merlis Mahu Pertahan Hak Sebagai Rakyat Malaysia

Izwan Isa
21/09/2021
01:55 MYT
Selepas berdepan dengan situasi yang agak getir apabila adik perempuannya positif COVID-19 bulan lalu, pelakon Sherie Merlis akhirnya menarik nafas lega apabila seisi keluarganya kini berada dalam keadaan sihat.
Menurut Sherie, 49, dia juga telah kembali bekerja seperti biasa selepas kerajaan membenarkan industri kreatif untuk menjalankan aktiviti penggambaran dengan prosedur operasi standard yang ketat.
“Alhamdulillah, semuanya telah kembali pulih dan keadaan ibu saya yang menghidap Alzheimer juga sudah semakin baik.
“Saya juga sudah kembali bekerja sementara ada pembantu perubatan yang datang untuk memantau keadaan ibu saya. Apa yang boleh saya katakan, segalanya dalam keadaan terkawal,” katanya kepada Gempak.
BACA: "Tolonglah... Saya Tak Tahu Apa Perlu Buat!" - Sherie Merlis Rayu Kuarantinkan Adik Positif COVID-19, Rumah Padat 11 Orang Bersesak!
Sungguhpun begitu, Sherie mengakui agak terkejut apabila melihat ada dalam kalangan netizen yang menyindir dirinya selepas dia memuat naik video meminta bantuan tempoh hari.
“Ketika menguruskan keluarga pada waktu itu, saya memang tidak mempunyai masa untuk memegang telefon bimbit. Justeru, apabila membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, saya berasa terkejut apabila isu saya meminta bantuan dipandang sinis oleh sesetengah pengguna laman sosial.
“Ada yang memberi contoh bahawa mereka juga dijangkiti COVID-19 dan berada dalam keadaan baik sungguhpun terpaksa duduk di rumah. Mereka juga berpendapat saya tidak perlu melalak meminta tolong seperti apa yang saya lakukan di media sosial.
“Sejujurnya, kita mempunyai hak untuk meminta tolong. Jika kita sentiasa okay, memang tidak akan ada perubahan. Kita juga mempunyai hak untuk terus sihat baik dari segi mental mahupun fizikal.
“Saya tidak menuding jari salahkan KKM, cuma dengan penerangan yang betul, kita bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa, tetapi juga keadaan,” kata pelakon I-Tanggang itu lagi.
Terdahulu, menerusi muat naik di Instagram, Sherie dilihat merayu kepada pengikutnya untuk memberikan cadangan selepas buntu mendapatkan pusat kuarantin bagi adik perempuannya yang dijangkiti COVID-19.
Sherie berbuat demikian kerana bimbang dengan keselamatan keluarganya termasuk ibu dan bapanya serta enam lagi kanak-kanak yang menetap di lokasi yang sama.
Tindakan Sherie membuahkan hasil selepas KKM datang dan membawa adiknya ke pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Viral

Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

gempak
16/08/2024
12:55 MYT
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.