,
Viral

Isu Live Suruh Keluar Duit KWSP Beli Vacuum Cleaner, Fiza Frizzy Belajar Dari Kesilapan

Amri Hassan
02/09/2020
01:35 MYT
Pengacara Fiza Frizzy mengakui belajar daripada kesilapan atas penggunaan metafora 'keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beli vacuum cleaner', pada awal Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu.
BACA: "Bodoh, I'm So Annoyed!" - Dikecam Kerana Seru Penonton Beli Barang Guna Duit KWSP, Fiza Frizzy Mohon Maaf
Jelas Fiza, kenyataannya ketika bersiaran secara langsung itu jelas sekali tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak.
"Apabila bercakap ketika siaran langsung kita takkan terduga pun perkara ini akan terjadi. Yang saya sebutkan itu sebelum ini hanya metafora, ia sekaan-akan ayat sinis yang membawa maksud tertentu.
"Saya tak menyampaikan maksud meminta orang ramai keluarkan duit KWSP untuk membeli vacuum cleaner, tidak!
"Maksud saya tak kisahlah nak gunakan duit simpanan itu dengan cara mana sekali pun, kalau rasa perlu, beli, kalau tak nak terpulang.
"Cuma saya pelik kenapa ada pihak masih nak panjangkan cerita walaupun saya sudah minta maaf.
"Mujur ada rakan-rakan selebriti yang tolong menjernihkan keadaan hingga individu terbabit memadamkan status Instagram berkenaan," ceritanya kepada Gempak.
Fiza akui, situasi tegang itu membuatkannya lebih berhati-hati apabila bersiaran secara langsung dan sentiasa mendapatkan nasihat daripada penerbit setiap kali sebelum mengacarakan sesebuah program.
"Pengajarannya saya perlu sentiasa berhati-hati apabila berkata-kata. Mungkin kita terleka dan terus disalahertikan.
"Jadi, setiap kali nak bercakap sesuatu fikir dulu patut atau tidak.
"Kalau tak pun saya akan bertanyakan penerbit rancangan sebelum memulakan apa-apa program terutama membabitkan siaran langsung," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pameran Merdeka Habib di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Susulan isu tersebut juga Fiza memberitahu jumlah pengikutnya semakin bertambah namun tidak menjejaskan periuk nasinya dengan mana-mana stesen televisyen.
Mac lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang media berkata ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 ekoran pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis" - Pakar

gempak
05/06/2024
07:53 MYT
Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.
Gaya Hidup

Begini Cara Untuk Pindahkan Wang Ke Akaun 3 KWSP

gempak
13/05/2024
11:55 MYT
KWSP berkongsi sepotong video tutorial yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas menerusi sembilan langkah mudah.
Terkini

Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP

gempak
28/04/2024
11:55 MYT
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Viral

Individu Ini Kongsi Tips Simpan RM1 Juta Di KWSP Sebelum Cecah Usia 50 – “Semua Orang Boleh Buat”

gempak
06/03/2024
08:55 MYT
Berguna tips ni!
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.