,
Laman Utama

Isu Letak Kalimah Allah, FINAS Arah Tarik Balik & Tukar Poster Filem Sijjin

Gempak
27/12/2023
05:25 MYT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sudah mengarahkan Golden Screen Cinemas (GSC) selaku pengedar filem seram terbitan syarikat produksi Indonesia, Sijjin untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.
Ia susulan poster rasmi yang dikeluarkan sebelum ini dilihat menyentuh sensitiviti umat Islam apabila memaparkan kalimah 'Allah' dalam bahasa Arab pada kain hitam yang membaluti seorang wanita dipercayai sedang dirasuk.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihaknya sudah berbincang dengan GSC dan mengarahkan supaya membuat penukaran kepada poster baharu.
"FINAS ambil maklum tentang isu ini dan kami minta dan mengarah GSC untuk menarik balik serta menukar poster filem ini," katanya seperti dilapor BH Online.
Terdahulu, filem Sijjin terbitan Rapi Films bersama Sky Media dan Legacy Pictures mengundang kritikan masyarakat Muslim di negara ini apabila didakwa tidak sensitif dengan perkara membabitkan agama Islam.
Paparan kalimah 'Allah' pada kain hitam yang membaluti seorang wanita dipercayai sedang dirasuk dan akan berubah menjadi 'jin' itu disifatkan keterlaluan, malah tidak wajar dimuatkan dalam bahan promosi filem.
Bukan itu sahaja, tayangan awal Sijjin pada 22 Disember lalu, turut menerima kritikan apabila gimik promosi filem berkenaan membawakan jenazah yang lengkap dikafankan dan dikelilingi beberapa individu memakai telekung.
Rentetan itu, rata-rata netizen beragama Islam dilihat memberi reaksi kurang senang tatkala melihat telekung dijadikan simbol seram, apatah lagi senario berkenaan dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan penonton bukan Islam.
Sijjin mengisahkan Irma yang jatuh cinta dengan sepupunya iaitu Galang. Namun, Galang memilih untuk berkahwin dengan Nisa dan mempunyai anak perempuan bernama Sofia.
Irma yang masih taksub dengan Galang memilih untuk berjumpa bomoh dan menghantar ilmu hitam kepada Nisa dan semua wanita dalam keluarga Galang supaya mereka mati dalam masa lima malam.
Bagaimanapun, apa yang dilakukan Irma sebenarnya membawa kepada malapetaka. Sejak itu, gangguan mistik, kerasukan dan kematian mula muncul di rumah Galang.
Sijjin diadaptasi daripada filem seram 'box office' dari Turkiye akan menemui penonton tempatan bermula 28 Disember ini.
BH ONLINE
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Poster Ah Long Tawar Pinjaman Tergantung Di KLCC, Bertebaran Di Bukit Bintang? Netizen Terkejut - “Tak Pernah Di Buat Orang..”

gempak
09/09/2024
11:23 MYT
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila poster pinjaman wang mendominasi di kawasan sekitar Kuala Lumpur termasuk KLCC, Bukit Bintang, Petaling Street, Pasar Seni dan banyak lagi.
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Hafidz Roshdi Gembira Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Pukul – “Saya Harap Berita Ini Membuka Mata Orang Luar Bahawa Kami…”

gempak
12/07/2024
05:25 MYT
Aktor Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes pukul yang difailkan sebelum ini.
Viral

Selepas 4 Tahun Poster Filem Mulan Sudah Diturunkan, Netizen - “Lepas Viral Baru Jalan”

gempak
07/07/2024
11:55 MYT
Tular baru-baru ini sekeping gambar memaparkan iklan filem Mulan yang dikatakan lapuk dan didakwaberusia 4 tahun masih dipamerkam di stesen MRT tersebut.
Hiburan

Poster Karakter Siri Originals Terbaharu Astro, X-Change Dilancarkan!

gempak
03/07/2024
11:06 MYT
Selepas trailer siri X-Change dilancarkan, hari ini poster karakter mula dikeluarkan buat peminat-peminat siri Astro Originals sebelum Malam Gala dan Sidang Media  yang akan berlangsung pada 3 Julai ini di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.