,
Hiburan

Isu Kritik Buku Puisi Daiyan Trisha, Publisher Nukilan Biruni Mohon Maaf - “Niat Kami Bukan.."

Gempak
12/05/2024
06:55 MYT
Penerbit buku puisi pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha, Nukilan Biruni tampil dengan kenyataan baharu selepas kecoh isu seorang wanita yang lantang mengkritik buku berjudul Tulisan tersebut di media sosial.

Nukilan Biruni mohon maaf

Menerusi perkongsian di Platform X, Nukilan Biruni telah membuat permohonan maaf diatas kekecohan yang telah berlaku. “Sebagai penerbit tempatan Malaysia, kami sentiasa berhasrat untuk memupuk persekitaran yang positif dan menghormati antara pengarang dan pembaca tempatan dalam komuniti buku.
“Walaupun kritikan membina sentiasa dialu-alukan, kami percaya bahawa maklum balas, walaupun bertujuan baik, boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan cara yang membina.
“Niat kami bukan untuk bermusuhan. Kami memohon maaf di atas sebarang ketidakselesaan atau salah faham yang mungkin disebabkan oleh tindakan kami,” tulisnya. Sementara itu, pihak Nukilan Biruni turut mengatakan bahawa mereka akan berusaha untuk mencipta ruang positif antara penulis dan pembaca pada masa akan datang.
“Kami komited untuk mewujudkan ruang yang selamat dan positif di mana pengarang tempatan boleh berkongsi cerita mereka, dan pembaca boleh menawarkan maklum balas dengan cara yang membina,” tambahnya lagi.

Isu kritik buku Tulisan

Sebelum ini kecoh apabila pihak Nukilan Biruni meminta agar wanita tersebut memadam hantarannya mengenai buku puisi Tulisan itu kerana didakwa telah melanggar Akta Hak Cipta.
Malah, pihak Nukilan Biruni juga turut mengugut bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya wanita tersebut tidak memberi kerjasama.
Hal ini terjadi kerana wanita tersebut telah mendakwa buku puisi hasil penulisan Daiyan Trisha ini dikatakan tidak ada keaslian.
Rentetan itu, kecoh di media sosial dengan pelbagai pendapat dan reaksi daripada netizen mengenai kontroversi antara wanita dan penerbit tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Daiyan Trisha.
Untuk rekod, buku berjudul Tulisan tersebut merupakan buku puisi pertama hasil Daiyan yang dilaporkan telah habis terjual di pasaran.

Berita Trending: Lantang Kritik Buku Puisi '4 Baris' Daiyan Trisha, Ini Yang Terjadi Kepada Wanita Ini!

Berita Trending: Masih Post Produk Sokong Zionis?, Netizen Tegur Daiyan Trisha - “Stop Promote Produk Mereka..”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.