HIBURAN
Isu Kewangan Punca Saidah Kamarudin Putus Tunang Dengan Muntazar Ghufran - “Dia Cuma Ada RM500 Dalam Akaun…”
Pelakon, Saidah Kamarudin akhirnya buka mulut mengenai punca pertunangannya bersama aktor Muntazar Ghufran putus.
Menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, Saidah mengakui isu kewangan adalah faktor utama perpisahan itu berlaku.
“Kami putus tunang sebab Muntazar tiada duit. Saya pernah jumpa dia menangis-nangis sebab tidak mahu teruskan hubungan ini.
“Dia cuma ada RM500 sahaja dalam akaunnya. Macam mana mahu jaga anak orang kalau ada itu sahaja? Awak cuma ada duit untuk sara hidup sendiri sahaja,Awak tak patut kahwin, perlu cari kerja ataupun sambung belajar,” katanya.
Dalam pada itu, Saidah juga berkongsi sudah pernah dan cuba berpisah cara baik pada Mac lalu.
Bagaimanapun , tidak pasti mengapa bekas tunangnya itu bertindak sedemikian selepas hampir dua bulan berpisah.
“Saya kalau boleh tak nak pun bercakap mengenai perkara ini dan sebarkan aib sesiapa tapi apa yang dia buat tu melampau. Hack Tiktok saya, komen dekat kawan-kawan saya cakap saya ambil pil, itu sangat melampau.
“Kami ada berjumpa pada bulan puasa hari tu, berjumpa baik-baik, berbincang dan pulang cincin tapi kenapa tiba-tiba awak jadi gila, up story pelik-pelik, merapu, apa yang sudah jadi dekat awak?” kongsinya.
Terdahulu, Saidah Kamaruddin meluahkan rasa marah apabila mendakwa bekas tunangnya telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Saidah berkata tahap kesabarannya semakin menipis apabila bekas tunang tersebut turut didakwa menghantar mesej peribadi kepada rakan-rakannya.
Malah, aktres berusia 28 tahun itu sudah menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sekadar info, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.
Must-Watch Video