gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jessie J Dedah Diagnosis Kanser Payudara Peringkat Awal
HIBURAN
"Jaga SOP, Jangan Cium Anak Saya" - Nabila Razali
BERITA
Lelaki Ditangkap Kencing Merata Cuba Rasuah Polis RM30
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HOLLYWOOD

Adolescence Kalahkan Stranger Things, Jadi Siri Paling Banyak Ditonton Di Netflix

gempak
Maliah Surip
05/06/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Adolescence Kalahkan Stranger Things, Jadi Siri Paling Banyak Ditonton Di Netflix
Siri Adolescence yang sempat menjadi bualan hangat saat ditayangkan telah menjadi naskhah paling banyak ditonton, menewaskan Stranger Thins musim empat di Netflix.
Sehingga 1 Jun 2025, Adolescence telah ditonton sebanyak 141.2 juta kali sejak ditayangkan pada 13 Mac lalu. Rekod jumlah tayangan ini masih belum mencapai 91 hari tayangan seperti yang pernah dicapai oleh Stranger Things menjadikan ia siri berbahasa Inggeris paling banyak ditonton di platform penstriman tersebut.
Stranger Things musim keempat direkodkan telah mencapai tontonan sebanyak 140.7 juta dalam tempoh 91 hari tayangan sewaktu dirilis pada 2022, lapor Variety.
Bagaimanapun Squid Game musim pertama masih menjadi siri dengan tontonan paling banyak di dunia dengan 265.2 juta tontonan secara global. Squid Game musim kedua juga antara siri paling banyak ditonton dengan jumlah 192.6 juta.
Adolescence mengisahkan tentang keluarga Miller setelah anak bongsu mereka, Jamie, yang berusia 13 tahun, ditangkap atas tuduhan pembunuhan seorang gadis di sekolahnya. Siri ini mengupas tentang tekanan yang dihadapi remaja di zaman moden termasuk dari lingkungan sekitar, internet dan media sosial.
Topic Berkaitan
#Viral
#siri
#Netflix
#Stranger Things
#Adolescence
Must-Watch Video