,
Hiburan

Isu Gaduh Atas Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

Gempak
08/09/2024
10:48 MYT

Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis memerintahkan Hafiz Suip dan dua lelaki lain untuk menjalani bon menjaga keamanan akibat bergaduh di tempat awam, minggu lalu.

Bon Jaga Keamanan Selama 6 Bulan

Menurut laporan Utusan Borneo, Majistret Mason Jaro Lenya Barayan mengarahkan Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, Goh Hui Heong, 53, dan Irman Daud, 42, untuk menjalani bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM500 (tidak didepositkan).

Kesemua lelaki tersebut mengangguk faham apabila diperintahkan untuk menyempurnakan bon di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah dalam prosiding pada Khamis.

Perintah itu dikeluarkan mahkamah bagi mengelakkan kesemua individu terbabit daripada mengulangi perbuatan sama iaitu bergaduh di tempat awam pada masa depan.

Berlaku Salah Faham

Fakta kes mendedahkan berlaku salah faham antara ketiga-tiga lelaki tersebut di Jalan Padungan, Kuching pada 30 Ogos 2024, sekitar jam 2.10 petang yang berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap cara pemanduan masing-masing.

Kejadian bermula apabila Hafiz memandu memasuki Jalan Padungan dengan memberi lampu isyarat kanan, namun telah dibunyikan hon oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Goh.

Goh seterusnya bertindak balas dengan memotong kereta Hafiz dan cuba menghentikannya dengan cara memperlahankan kereta dari arah hadapan.

Selain itu, Goh turut menghimpit serta memandu sehingga menghampiri kereta yang dipandu oleh Hafiz, menyebabkan kedua-dua pihak berhenti di tepi jalan iaitu sebelum lampu isyarat bulatan Padungan dan kemudiannya bergaduh di tempat awam.

Semasa pergaduhan tersebut, Irman cuba menahan Hafiz daripada bergaduh dan juga terlibat menumbuk Goh kerana disembur pemedih mata oleh Goh.

Susulan itu, laporan polis dibuat oleh Goh yang kemudiannya membawa kepada penangkapan kesemua lelaki terbabit.

Pendakwaan dilakukan oleh ASP Suziana Suleiman sementara kesemua lelaki tersebut tidak diwakili peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spray’

Sumber: Utusan Borneo

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.