gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Minta Pelajar Praktikal Cukur Bulu Kemaluan, Pembantu Tadbir Didakwa Aibkan Wanita
HIBURAN
“Untuk Erika, Saya Sanggup” - DJ Bravy Sedia Temani Kekasih Bersalin Walau Bukan Anak Sendiri
BERITA
'Fasa Juvana' Si Bulus, Lain Macam Kucing Suka Curi Seluar Dalam Jiran!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ella & Shila Amzah Sahabat Baik, Tenang Bila Nama Kena Petik Isu Serangan - “Saya Tidak Berada Di Tempat Kejadian…”

Mya Amri
Mya Amri
24/07/2025
21:45 MYT
Sponsor Banner
Ella & Shila Amzah Sahabat Baik, Tenang Bila Nama Kena Petik Isu Serangan - “Saya Tidak Berada Di Tempat Kejadian…”
Ratu rock negara, Ella tidak cepat melatah apabila namanya dikaitkan dengan kes melibatkan seorang penghibur legenda menyerang Shila Amzah di sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y awal Julai lalu.

Kawan baik dengan Shila

Malah kata Ella, hubungannya bersama Shila baik dan tidak mempunyai sebarang masalah.

"Malam konsert itu saya jumpa Shila okay sahaja, kami berpelukan sebab saya dan dia memang berkawan baik," ujarnya.

Ella berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Galeri Rockqueen yang diadakan di Denai Alam, Selangor pada malam Rabu.

Tidak berada di tempat kejadian

Mengulas mengenai perkara itu, Ella menjelaskan dia tidak berada di tempat kejadian.
Sebaliknya, dia hanya mengetahui cerita berkenaan apabila dimaklumkan oleh beberapa pihak lain.

"Sewaktu saya mendengar cerita tentang kejadian itu, saya tak terkejut pun tetapi apabila asyik mengaitkan dengan saya, saya sebenarnya tiada di tempat tersebut.

"Apa yang saya tahu, saya tiada kena mengena dengan kes itu. Saya tenang sahaja tapi dalam masa sama tertanya-tanya juga apa terjadi," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Giliran Amy Search Buat Laporan Polis Terhadap Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN:“Ini Bukan Amy & Dia Tak Akan Maki Orang” - Datuk Awie

ARTIKEL BERKAITAN:Terkejut Dengan Tindakan Penyanyi Legend Serang Isteri, Ubai Sedia Bersemuka - “Kita Perlu Ada Rasa…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Harap Mereka Berdua Dapat Berbaik” - Awie

ARTIKEL BERKAITAN:Bukan Awie Mahupun Ella Tapi Bapa Nabila Huda Yang Serang Shila Amzah

Terdahulu, pada 10 Julai lalu, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 35, telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang seorang penyanyi legenda.
Susulan itu, netizen membuat spekulasi mengaitkan tiga nama penyanyi legenda termasuk Datuk Awie, Datuk Amy Search dan Ella kerana artis tersebut turut terlibat dalam acara konsert itu.
Pun begitu, Shila kemudiannya mengesahkan individu yang dimaksudkan adalah Amy iaitu bapa kepada pelakon Nabila Huda.
Polis kemudian membuka siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.
Topic Berkaitan
#Ella
#Shila Amzah
#DIY
#Kena Petik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement