Berita
Isu Duda Gigolo, Netizen ‘Warning’ Individu Lain Yang Pernah Kolaborasi Bersama Suspek - “Tunggu Masa…”
Semalam kecoh di laman sosial apabila seorang lelaki berstatus duda ditahan atas dakwaan menjual rakaman video seksnya bersama lebih 20 wanita di laman sosial dan mengaut keuntungan sehingga RM120,000 sejak enam bulan lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam laporan media sebelum ini mendedahkan, ada antara wanita terbabit yang mempunyai keinginan untuk meniduri suspek turut ditawarkan syarat supaya hubungan intim dirakam untuk jualan seterusnya.
Susulan daripada itu, ada dalam kalangan pengguna platform X memberi ‘amaran’ kepada individu yang pernah berkolaborasi bersama suspek.
Mohd Shuhaily berkata, kes seperti itu adalah yang pertama kali dikesan berlaku di negara ini dan harus dibanteras kerana dikhuatiri boleh merosakkan akhlak dan menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 15 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.
BERITA TRENDING: Netizen Pelik Lelaki Ini Promote Aktiviti Persundalan Di Media Sosial Tanpa Segan Silu – “Beraninya Dia…”
Must-Watch Video