HIBURAN
Isu Diserang Penyanyi Legenda, Shila Amzah Tampil Mohon Maaf Sebab...
Pengurus kepada, Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah tampil memohon maaf bagi pihak artisnya kerana penyanyi itu tidak dapat memberikan sebarang kenyataan.
ARTIKEL BERKAITAN: Awie Terkilan, Nama Dipetik Serang Shila Amzah - "Siapa Yang Terlajak Itu Cepat-Cepat.."
ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Shila Amzah Buat Laporan Polis, Dakwa Diserang Penyanyi Legenda - “Tidak Berlaku Sebarang Sentuhan Fizikal & Siasatan Masih…”
Jelasnya, pihak Shila telah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa sekarang.
"Assalamualaikum, kepada kawan-kawan media yang mencari Shila Amzah, kami minta maaf kerana Shila tidak dapat memberi sebarang kenyataan malam ini atas nasihat pihak polis," katanya.
Pada perkongsian yang sama, Aini memberitahu pelantun lagu Patah Seribu itu juga mahu menghormati penganjur majlis yang sudah merancang konsert ulang tahun Mr.DIY
"Kami juga mahu menghormati pihak client dan penganjur majlis malam ini. Minta maaf rakan-rakan media,InsyaAllah bila dah ready kita set interview ye," tulisnya.
Terdahulu, Shila mendakwa telah diserang oleh seorang penyanyi legenda semasa sedang melakukan 'sound check' untuk konsert ulang tahun Mr.DIY.
Shila turut dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung insiden ini dan kes kini dalam siasatan.
Selain Shila, penyanyi yang turut memeriahkan konsert tersebut adalah Ella, Datuk Awie dan Datuk Amy Search.
Must-Watch Video