,
Sukan

Isu Denda, Selangor FC Bakal Failkan Rayuan Rasmi Kepada MFL

Gempak
27/06/2024
17:38 MYT
Selangor FC (SFC) akan memfailkan rayuan berdasarkan keputusan yang telah dipertimbang semula oleh Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berlandaskan peraturan-peraturan berkaitan.

"Selangor FC masih belum memfailkan sebarang rayuan kepada MFL...

Skuad Gergasi Merah itu dalam kenyataan malam ini mengambil maklum keputusan MFL berhubung pertimbangan semula keputusan yang dibuat selaras dengan ketidakhadirannya pada perlawanan Piala Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, pada 10 Mei lepas.

​BERITA TRENDING:MFL Buat U-Turn, Denda Selangor FC RM100,000 Jadi RM60,000 & …

"Untuk makluman Selangor FC masih belum memfailkan sebarang rayuan kepada MFL,” menurut kenyataan itu.

MFL Pertimbang Hukuman

Terdahulu MFL dalam kenyataan hari ini berkata ahli Lembaga pengarah telah menggunakan "budi bicara” untuk menimbang semula hukuman yang dikenakan terhadap Selangor FC sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

BERITA TRENDING:Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Kecewa Dengan FAM & Presiden FAM

Selepas pertimbangan MFL, hukuman denda terhadap SFC dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM60,000 manakala pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 yang dikenakan keatas pasukan itu turut dibatalkan.

​BERITA TRENDING:Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

Selain itu larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super minggu ke-14 melibatkan SFC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut ditarik balik, dan penonton akan dibenarkan hadir menyaksikan pada perlawanan itu nanti.

​BERITA TRENDING:Liga Super 2024/2025: Selangor FC Didenda RM100,000, Hilang Tiga Mata

MFL berkata tempoh rayuan diberikan kepada SFC adalah selama tiga hari bermula hari ini seperti yang termaktub dalam Aturan 4, Kaedah 3, Kaedah-kaedah Badan Penguatkuasa Peraturan, Manual Liga Malaysia.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Berita

Tunggang Basikal Dalam Keadaan Mabuk Di Jepun Akan Dipenjara, Denda

gempak
30/08/2024
23:15 MYT
Jepun memutuskan pada Jumaat untuk melaksanakan pindaan Akta Lalu Lintas Jalan pada 1 November, yang memperkenalkan hukuman penjara dan denda bagi mereka yang menunggang basikal di bawah pengaruh alkohol
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.
Berita

Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

gempak
27/08/2024
03:55 MYT
Aset-aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain akan melakukan latihan penerbangan taktikal rendah bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.