,
Laman Utama

Isu Buat Content Pakai Jubah Konvo, Naib Canselor Universiti Titip Nasihat

Gempak
29/11/2023
03:55 MYT
Tindakan seorang graduan wanita yang berkongsi video memperlihatkan dirinya berniaga pisang goreng sambal mengenakan jubah konvokesyen baru-baru ini mencuit sesetengah netizen.
Menerusi komen-komen di media sosial, ramai yang dilihat tidak bersetuju dengan apa yang dipaparkan oleh wanita itu, dan tidak kurang mengkritik tindakannya merakam content media sosial menggunakan jubah konvokesyen berkenaan.
Susulan daripada isu yang timbul, Naib Canselor daripada universiti tersebut tampil memberikan kenyataan. Menurut beliau, semua mahasiswa dan graduan perlu menghormati pakaian tersebut kerana ia dianggap sebagai lambang kesarjanaan serta keilmuan seseorang individu.
“Besarlah harapan saya, semua mahasiswa dan graduan Malaysia seluruhnya untuk menghormati pakaian akedemik ini, kerana bukan sebarang orang, calang-calang orang, yang boleh menyarung jubah tersebut yang melambangkan kesarjanaan dan keilmuan yang mereka junjungi,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Buat Konten Berniaga Goreng Pisang Pakai Jubah Konvo, Graduan Undang Reaksi Negatif Warganet - “Sewa Buat...

Naib Canselor universiti itu turut memberikan nasihat untuk graduan yang membuat kandungan kreatif ketika memakai jubah supaya meletakkan martabat pakaian berikut sejajar dengan ilmu yang ditimba sepanjang pembelajaran.
“Kebelakangan ini saya lihat ada mahasiswa mahupun graduan yang menyarung jubah mereka dengan melakukan aksi-aksi kandungan kreatif.
“Saya pasti mereka ingin memperlihatkan tentang apa yang dianugerahkan kepada mereka, tetapi pandangan peribadi saya, letaklah jubah itu, letaklah martabat itu sejajar dengan apa yang ditauliahkan yang melambangkan ilmu yang sangat mulia, yang sangat tinggi, yang telah dianugerahkan kepada mereka,” tambah Naib Canselor itu lagi. Sekadar info, isu pemakaian jubah ketika melakukan konten hangat diperkatakan sebelum ini oleh warganet di mana majoriti saling berselisih faham kerana ada yang menyokong dan ada segelintir menentang perbuatan tersebut.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Unitar