,
Laman Utama

Isteri Viral, Yassin Senario Tak Kisah - “Ghisau! Tapi Saya Tak Halang, Enjoy This Moment”

Azwa Rahman
22/01/2022
06:28 MYT
Anggota kumpulan Senario Yassin Yahya semakin terbuka untuk memperkenalkan orang rumahnya pada tatapan umum selepas beberapa video TikTok kemunculan isteri dan anaknya menjadi tular sekitar minggu lalu.
Menurut Yassin yang lebih dikenali sebagai Yassin Anye, 44, bukan niatnya mahu menyorok isteri pada satu ketika dahulu tapi dia mahu dikenali kerana kerjaya dan bukan keluarganya.
Tambahnya lagi, ini adalah masa yang sesuai untuk dia memperkenalkan isterinya kepada semua memandangkan dia juga baru sahaja keluar daripada program Gegar Vaganza (GV).
“Nama isteri saya Farah Waheeda Maharidan, umur 43 tahun. Kami berkahwin pada tahun 2011, dan kami dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aulia Zawarda, 5 tahun.
“Sebelum ni saya tak berkongsi tentang family kerana lebih mahu dikenali dengan kerjaya, bukan family saya. Saya lebih suka hal kerjaya yang dikongsi oleh semua.
“Dan saya di rumah, pada yang kenal, tidak seperti mana yang anda tengok di luar. Lain di rumah dan di tempat kerja. Saya kahwin pun, saya tak announce.
“Saya yang tetapkan pada dia, nak expose isteri kena ada pada masanya. Dan waktu ini yang sesuai ketika saya masuk GV, sama-sama kita enjoy this moment.
“Saya juga tidak menghalang untuk isteri bermain media sosial, sekarang adalah zaman untuk semua merasa. Sekarang siapa-siapa pun boleh viral. Kebetulan je sebenarnya sebab isu dia sekarang pun saya baru masuk GV,” jelas Yassin ketika ditemubual.
Yassin ditemui bersama isterinya pada tayangan perdana filem Nasi Lemak 1.0 hasil garapan pengarah muda Namewee yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ujar pelawak ini lagi, walaupun memberikan kebebasan pada isterinya untuk bermedia sosial, dia tetap akan mengawal kandungan yang dimuat naik supaya tidak mahu berlaku apa jua perkara yang tidak diingini.
Ghisau! Tapi apa pun, ini tandanya media dah makin meluas. Semua benda boleh diviralkan. Bagi saya, apabila dah risau macam ni kan, saya akan cuba control la supaya dia tak merisaukan lagi.
“Saya ada beritahu dia, sekarang ni zaman semua benda boleh diviralkan. Tak perlu saya pun, dia boleh viral. Bagi saya, nikmatilah media sosial. Bahaya tak bahaya, kita sendiri yang mengawalnya,” ujarnya lagi.
Minggu lalu, isteri kepada pelawak tersebut menerima tempias tular kerana inilah pertama kalinya peminat melihat wajah isteri pelawak terbabit.
Rata-rata peminat memuji wajah cantik Farah Waheeda dan anak pandangan itu yang comel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Hiburan

Jefri Nichol Gemar Sleep Call Teman Wanita Sebelum Tidur - “Lebih Tenang Tidur Kalau…”

gempak
23/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia gemar untuk ‘sleep call’ atau menghubungi pasangannya setiap kali sebelum tidur.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Unitar